Nota: Perkongsian kali ini menceritakan bagaimana ayah kepada Encik Ee-Van Lim berjaya diselamatkan oleh sepasukan pekerja stesen minyak Petronas dan ‘good people of Ipoh’ baru-baru ini selepas tersesat daripada Selangor ke Perak.

Perkongsian ini asalnya ditulis dalam bahasa Inggeris dan telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia untuk dikongsikan bersama pembaca dengan kebenaran daripada sumber asal.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Hantaran ini dibuat sebagai penghargaan kepada pasukan hebat di Petronas Medan Gopeng (HKKZ Enterprise), Penyelia Stesen Cik Natasha dan Cik Mimi, ketua syif. Keluarga saya sangat bersyukur dan berterima kasih bagaimana satu kejadian yang tidak diingini telah menemukan kami dengan pasukan di Pertronas HKKZ. Kami sangat berysukur tiada sebarang kecederaan dalam kejadian berkenaan.

Baru-baru ini (30 Oktober) bapa saya yang mempunyai demensia keluar membeli buah-buahan di pasar SS15, yang terletak hampir 10 minit perjalanan dari rumah kami. Dia membeli buah-buahan dan beransur pulang ke rumah.

Cuma apa yang berlaku ialah dia tidak sampai ke rumah.

Saya dan adik-beradik saya kemudiannya keluar mencari beliau di sekitar Subang Jaya sehingga USJ dan kami juga cuba menghubunginya tetapi tidak berjawab.

Empat jam kemudian ketika saya berada di Balai Polis Subang untuk membuat laporan orang hilang, telefon saya tiba-tiba berbunyi dan adik perempuan saya memberitahu seseorang telah menelefon kami menggunakan nombor telefon ayah.

Kami kemudiannya dimaklumkan dia kini berada di Medan Gopeng. Kami sangat terkejut. Mujur anggota-anggota polis yang ada ketika itu sangat memahami dan membantu saya mengisi borang rentas negeri. Tidak banyak soalan ditanya dan mereka sempat berpesan kepada saya “bawa kereta selamat ya”.

Saya dan adik saya kemudiannya tiba di stesen Petronas berkenaan dan berjaya bertemu kembali dengan ayah. Terima kasih juga kepada dua lagi rakan saya ketika di Maktab Tentera DiRaja kerana menemani ayah kami sebelum saya tiba.

Saya telah menghubungi rakan saya yang berdua tadi sebelum meninggalkan Subang dan mereka bersetuju untuk membantu selepas tamat bekerja pada hari itu. Juga tidak banyak soalan ditanya, memang terbukti blood brothers, anda tahu siapa anda!

Kembali kepada perkongsian tadi, setibanya di stesen Petronas berkenaan kami telah berbincang dengan Cik Natasha dan Cik Mimi. Kemudiannya kami mendapat tahu daripada mereka:

1. Bapa saya memandu keretanya ke stesen itu, tidak berjaya menghentikan keretanya, dan melanggar bonggol di tepi stesen sebelum mengakibatkan tayar depannya bocor.

Bahagian hadapan keretanya juga melanggar sedikit bangunan stesen berkenaan. Bagaimanapun tiada kerosakan kepada bangunan stesen berkenaan kecuali keretanya.

2. Bapa saya kelihatan seperti dalam keadaan berpina-pina, keliru dan dipenuhi dengan peluh di badannya. Cik Mimi kemudiannya menelefon balai polis Pasir Puteh yang kemudiannya tiba dengan segera dan membantu memeriksa ayah saya. Ketika itu lah baru menemui telefon bimbit ayah.

3. Ya, ayah saya terlupa dia mempunyai telefon. Ini menjelaskan kenapa dia tidak mengangkat telefon kami sejak 12 tengah hari lagi.

4. Cik Natasha dan pasukannya telah membawa ayah saya masuk ke dalam stesen dan menawarkan untuk membawa beliau ke hospital. Mereka juga menawarkan air kosong dan Milo kepada ayah saya.

5. Cik Mimi kemudiannya menghubungi adik saya sekali lagi, bertanyakan adakah ianya okay untuk membelikan ayah kami makan malam? Kemudian adik saya memberitahu ayah kami adalah seorang vegetarian? Cuba teka apa yang Cik Mimi lakukan selepas itu?

Dia kemudiannya keluar dan bersusah payah mencari kedai yang menjual makanan vegetarian dan membungkuskan makanan untuk ayah kami. Wow!

6. Ketika kawan-kawan saya tiba (yang dihubungi terlebih awal tadi) Cik Natasha hanya akan membenarkan ayah kami pergi bersama mereka jika kawan-kawan saya menunjukkan bukti yang mereka mengenali kami.

Cik Natasha menggunakan sedikit kuasa yang dia ada untuk memastikan keselamatan ayah kami. Wow!

7. Selepas segalanya selesai, kami kemudiannya mengatur untuk trak tunda membawa pulang kereta Kancil kami yang sudah berusia 20 tahun. Kami sekali lagi ke Balai Polis Pasir Puteh untuk mendapatkan kebenaran rentas negeri. Kami akhirnya tiba di rumah dengan selamat selepas lewat malam.

8. Sebelum itu, kami berpisah dengan Cik Natasha dan pasukannya sambil menyedari betapa banyak masalah yang telah kami timbulkan bukan sahaja kepada mereka tetapi kepada orang-orang Ipoh yang sangat baik.

Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada Petronas HKKZ Enterprise kerana budi baik dan keprihatinan pasukan Cik Natasha. Tanpa mereka, mungkin keluarga saya masih mencari ayah saya yang kurang sihat dan memerlukan bantuan perubatan. Terima kasih Petronas Medan Gopeng (ke arah Pasir Puteh); saya syorkan pembaca dan rakan-rakan untuk terus menyokong Petronas HKKZ Enterprise!

Saya juga ingin berkongsi kata-kata perpisahan yang telah dikongsikan rakan saya dari Maktab Tentera DiRaja sebelum berpisah:

Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim).

Baca juga perkongsian lelaki ini tentang bagaimana dia sentiasa membawa ‘bekal’ minyak motosikal hanya untuk membantu orang lain yang mungkin berada dalam kesusahan.

Bekalkan Sebotol Petrol Sepanjang Bekerja, Perkongsian ‘Runner’ Ini Buatkan Netizen Kagum

Dilayan Bagai ‘Bos’ Oleh Pemandu BMW Sewa, Wanita Ini Belajar Erti Bekerja Dengan Ikhlas

Terima Sumbangan RM70,000 Dalam Masa Sehari Kerana Viral, Cikgu Ini Kongsi Kisah Sebenar ‘Makcik Maznah’

Artikel di atas disumbangkan oleh Ee-Van Lim. Seorang anak yang akan melakukan perkara yang sama untuk ibu bapa mereka. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka