Tatkala orang ramai bergembira menyambut Merdeka pada malam semalam, namun beberapa pemilik kereta kurang bernasib baik apabila kereta mereka terlibat kemalangan di lorong Drive-thru McDonalds.

Menerusi perkongsian video TikTok @celine.yyt, sewaktu dia menunggu giliran di McDonalds Educity JB DT, kereta Mercedes-Benz C180 cabriolet yang dipandunya telah dirempuh daripada belakang oleh sebuah Perodua Myvi sehingga kedua-dua kereta ‘melekat’ bersebelahan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Celine, pemandu itu mahu menekan brek tetapi berlaku sebaliknya, apabila dia tidak sengaja memijak pedal minyak sehingga merempuh sebuah Proton Iriz di belakang mereka sebelum ‘melekat’ bersebelahan keretanya.

https://www.tiktok.com/@celine.yyt/video/7137668278201175322?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Kesan perlanggaran itu telah menyebabkan Mercedes itu patah cermin sisi kiri dan bercalar teruk pada bahagian kiri badan kereta terbabit.

Setakat artikel ini ditulis, lebih 500 komen telah dikongsikan oleh pengguna TikTok yang lain. Ada satu komen yang menarik perhatian apabila seorang wanita menyatakan dia berada di hadapan barisan semasa kejadian tersebut berlaku.

Kata wanita itu, dia terdengar seperti bunyi ‘perlanggaran’ ingatkan dia ada terlanggar dinding, rupa-rupanya apabila dia menoleh cermin belakang barulah wanit itu perasan Myvi terbabit telah melanggar kereta Mercedes.

Celine menyatakan dia bimbang dengan keselamatan adik lelakinya kerana ketika itu dia sedang duduk di tempat duduk penumpang, bahagian yang dilanggar oleh Myvi itu. Bagaimanapun dia bersyukur adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber Gambar: TikTok @celine.yyt
Sumber Gambar: TikTok @celine.yyt
Sumber Gambar: TikTok @celine.yyt
Sumber Gambar: TikTok @celine.yyt

Orang ramai turut meluahkan rasa bersyukur kerana tiada siapa tercedera dalam insiden itu dan mendoakan agar kesemuanya mangsa dapat pulih daripada trauma susulan insiden kemalangan mengejut itu.

Pada masa sama netizen berharap pihak-pihak yang terlibat dapat menyelesaikannya secara baik.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Pada tahun lalu ada sekumpulan ahli ‘Equestrian’ menunggang kuda pergi ke Drive-thru McDonalds sehingga mengundang rasa kurang senang netizen. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Geng Kuda’ Tinggalkan Najis Di Drive-Thru McDonalds Raih Kecaman Netizen

Satu Kereta Hanya Seminit, Pasangan Dari Johor Ini Cipta Rekod Anjur Majlis Perkahwinan ‘Drive Thru’

Tidak Mahu Mengalah Di Laluan Tol, ‘Abang Lori’ Terhibur Lihat Gelagat Altis Dan Bezza