Walaupun ramai yang memilih untuk tinggal di kota-kota besar seperti di Abu Dhabi dan Tokyo namun lain pula dengan reviewer makanan atau YouTuber luar negara ini.

Trevor James yang terkenal dengan channel YouTube Food Ranger baru-baru ini mendedahkan beliau telah memilih untuk menetap di Malaysia sejak beberapa bulan yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

house

Channel Food Ranger sebelum ini terkenal sebagai salah satu travel vlog yang mengembara ke negara-negara Asia dan seluruh dunia bagi menerokai budaya makanan mereka.

Sehingga artikel ini ditulis, channel yang mula dibangunkan sejak 2013 itu  mempunyai lebih empat juta subscribers dan mencatatkan sejumlah 596,187,096 tontonan.

Dalam video eksklusif lawatan ke rumahnya di Kuala Lumpur yang dimuat naik baru-baru ini, Trevor bersama pasangannya, Ting membawa penonton menerokai setiap bahagian rumah barunya itu.

“Sejak daripada tahun lepas lagi kami merancang untuk tinggal di Malaysia, jadi kami datang ke Little India (Brickfields) melalui penerbangan terus dari China. Setibanya di sini, rakan kami Allen menunjukkan kami keadaan sekeliling dan dia membawa kami menikmati beriani Hyderabadi.

“Ianya sangat sedap dan kami memtuskan kami perlu tinggal di kawasan ini kerana keenakan masakan India dan Malaysia juga adalah hotspot makanan dengan masakan Melayu, Cina dan India dan semuanya berada di sekitar kawasan Little India,” jelas beliau dalam video tersebut.

little india

Selain keunikan budaya dan makanan yang terdapat di negara ini, James turut menjelaskan faktor harga hartanah di sini turut menjadi sebab kenapa beliau memilih Kuala Lumpur berbanding bandar-bandar lain.

Walaupun mengakui harga rumah yang didiami mereka ketika ini  sebanyak 1200 USD atau sekitar RM5000 sebulan itu sedikt mahal berbanding rumah-rumah lain di sekitar ibu kota, namun James menjelaskan ia adalah harga mampu milik jika dibandingkan dengan negara lain.

shanghai

Untuk membuktikan point tersebut, beliau turut menunjukkan perbandingan harga antara tempat yang didiami mereka ketika ini dengan bandar-bandar utama dunia seperti Paris, Shanghai, Vancouver dan Shanghai.

“Tetapi mampu milik hanyalah faktor permulaan, kami berpindah ke sini kerana makanan, kepelbagaian budaya, keramahan rakyat tempatan serta pelbagai pilihan tempat peranginan untuk dilawati.

“Pantai, gunung-ganang dan hutan hijau serta semuanya bergabung menjadikan Malaysia tempat yang menakjubkan untuk didiami,” jelasnya.

Tonton video penuh house tour dimuat naik James sebelum ini di sini.

Malaysia juga memiliki ramai Youtuber berbakat yang pernah mencipta nama sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk mengenali mereka.  

Gadis Berusia 12 Tahun Ini Tersenarai Sebagai 10 YouTuber Dengan Jumlah Pengikut Tertinggi Malaysia

Lihat YouTuber Ini ‘Kantoikan’ Bakal Tunang Rakan Mereka Menerusi ‘Gold Digger Test’