Sekitar hujung minggu yang lalu, tular satu perkongsian video di media sosial yang memaparkan Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga ahli parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika berlangsungnya satu majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz kali ke-5 yang dianjurkan oleh pihak Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah di Seremban, Negeri Sembilan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, keadaan Dato Eddin pada ketika itu dikatakan kurang sihat dan keletihan. Namun begitu, beliau tetap gagahkan diri untuk hadir ke majlis berkenaan bagi memenuhi undangan jemputan.

Akan tetapi, berikutan keadaan kesihatan beliau yang kurang baik, beliau telah tertidur nyenyak di saat pengerusi majlis menyebut namanya bagi menyempurnakan agenda program yang seterusnya. Lantaran itu, seorang individu yang tidak dikenali telah merakamkan video aksi beliau yang tertidur sambil dikejutkan dua individu yang duduk bersebelahan beliau.

Perkongsian video berkenaan bukan sahaja tular di Malaysia malah ia turut tular dan disiarkan dalam pengisian berita mingguan di satu saluran televisyen di Turki iaitu Kanal 7.

Dapat dilihat bahawa saluran media berkenaan juga memaparkan video ini semalam sambil menyertakan tajukย ‘Timbalan Menteri Malaysia tidur nyenyak dalam majlis protokol’.

WhatsApp-Image-2021-04-12-at-14.52.26
Keretan Tajuk Laporan Berita Oleh Kanal 7

Walau bagaiamanapun, susulan daripada tularnya video itu, Dato Eddin telah memohon maaf kepada pengerusi majlis kerana tertidur semasa majlis berkenaan berlangsung. Semoga Dato Eddin diberikan kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat untuk negara.

Sebelum ini, nama stadium di Kedah tampil di akhbar United Kingdom. Baca lagi pada pautan di bawah.

Nama Stadium Di Kedah Curi Perhatian Dunia, Tampil Di Akhbar United Kingdom

‘Double-Park’ Kereta Pemandu Mengandung, Sikap Pemilik Honda Civic Ini Undang Kecaman Netizen

Kapal Ever Given ‘Ditahan’ Pihak Kerajaan Mesir, Perlu Bayar Ganti Rugi RM4.1 Bilion

Sumber