Ciri ‘paywave’ pada kad bank memudahkan penggunanya kerana tidak perlu menggunakan nombor pin ketika membuat pembayaran. Akan tetapi, apabila kad bank hilang atau diambil oleh orang tidak bertanggungjawab, maka anda berpotensi kehilangan wang anda.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Haziqa Asyiqin telah berkongsi kad bank miliknya telah diambil oleh orang tidak bertanggungjawab apabila dia terlupa ambil kadnya di mesin ketika mengeluarkan wang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, dia terkejut apabila suspek berbelanja sakan di beberapa kedai berjenama dan membuat pembayaran menggunakan kad bank miliknya.

Menurutnya lagi, suspek dipercayai berada di belakangnya ketika beratur untuk keluarkan duit di ATM. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan juga menimbulkan kerisauan dengan ciri ‘paywave’.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga mengecam tindakan suspek yang mengambil kad bank mangsa kerana tidak seharusnya melakukan perkara tersebut.

Malah, para netizen turut meminta agar orang ramai berhati-hati dan menyuruh wanita tersebut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut. Pastinya perkara yang terjadi ini akan membuka mata ramai pihak agak lebih berhati-hati.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Dimarah Hanya Kerana Utamakan Wanita Mengandung, Chef Ammar ‘Sekolahkan’ Pelanggan Biadab

Menjelang Aidilfitri, Harga Tiket Bas Ekspres Naik Sehingga 20%