Tertinggal di R&R merupakan salah satu pengalaman yang tidak mahu dilalui oleh orang ramai, lebih-lebih lagi apabila seseorang itu berada di tempat asing baginya.
Artikel Berkaitan:
- ‘Do Some Exercise La’ – Wanita Ini ‘Disekolahkan’ Pemandu Kerana Tempah E-Hailing Dalam Jarak Yang Pendek
- Gordon Ramsay Umum Bakal Hadir Ke Malaysia Selepas Kagum Dengan Cara Khairul Aming Masak
- ‘Sweet’ Ala Filem Disney, Netizen Puji Video Baharu Sofyank96 Bergandingan Dengan Isteri
Baru-baru ini seorang pemuda berkongsi pengalamannya dan rakan-rakan membantu seorang lelaki warga Bangladesh yang tertinggal bas kerana berada lama di dalam tandas di R&R Manchap.
Di dalam video TikTok @mrjkurakura2 itu mereka berusaha mengejar bas ekspress yang dinaiki lelaki Bangladesh terbabit. Sepanjang perjalanan, nampak mereka bermesra sambil gelak-tawa disebabkan insiden tersebut.
@mrjkurakura2 #budakklang #ajcleanventures #manchesterunited #pdrmfc #Selangorfc #Kekaltenang #stedyy #mrjkurakura2 #luruslurus #fyp
Di dalam video itu juga, warga Bangladesh itu tidak henti-henti mengucapkan ‘Alhamdulilah’ kerana ada individu baik yang sudi menumpangkan dan mengejar bas yang meninggalkannya pada ketika itu.
Orang ramai memuji kesemua pemuda tersebut yang membantu individu lain yang dalam kesusahan tanpa mengira kaum dan bangsa.


Netizen juga menyatakan insiden ditinggalkan bas ekspress di R&R bukanlah satu perkara yang asing lagi di Malaysia.
Orang ramai menegaskan sepatutnya pemandu dan pembantunya perlulah mengira jumlah penumpang terlebih dahulu sebelum menyambung semula perjalanan supaya tiada yang tertinggal di belakang.
- SUMBER
- TikTok @mrjkurakura2