Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum memasuki tahun baharu dan nampaknya harinya telah tiba dimana orang ramai khususnya golongan Bumiputera yang melabur dalam ASB dibawah PNB menantikan dividen.

Baru sahaja diumumkan sebentar tadi oleh Pengurusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria, dividen ASB pada tahun ini diumumkan dengan agihan 5sen seunit terdiri daripada pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Tun Arifin Zakaria, ekonomi yang tidak stabil ditambah pula pandemik COVID-19 yang melanda antara yang memberi kesan besar kepada ASB. Dalam pada itu, keadaan ekonomi dilihat pulih pada separuh tahun kedua 2021. Selain itu, saiz dana ASB juga dilaporkan semakin meningkat berbanding tahun lalu.

Berdasarkan jumlah agihan pendapatan yang diumumkan, para netizen rata-ratanya masih berpuas hati melihatkan keadaan ekonomi semasa. Jumlah agihan pendapatan yang lebih tinggi daripada jangkaan antara yang membuatkan para netizen lega.

https://twitter.com/firaroar/status/1473842933182844929

https://twitter.com/zzayitt/status/1473842311624675332

Tun Ariffin Zakaria turut memaklumkan pihak mereka akan terus berusaha keras dalam menawarkan kadar agihan yang lebih tinggi seiring dengan keadaan ekonomi yang diharap akan semakin pulih.

Buat para pelabur ASB khususnya mereka yang membuat pembiayaan ASB, adakah anda berpuas hati dengan dividen yang diterima? Kongsikan bersama kami pendapat anda mengenai dividen ASB yang baru sahaja diumumkan ini.

ASB sekali lagi mencatatkan dividen yang boleh dikatakan dalam paras yang rendah. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut adakah ASB masih releven untuk dilabur atau sebaliknya.

Pulangan Pelaburan ASB Terendah, Masih Relevan Atau Kita Perlukan Instrumen Pelaburan Lain

Peroleh Pulangan Rendah, PNB Sedia Untuk Tingkatkan Lagi Pelaburan Luar Negara