Walaupun baharu sahaja Avengers: Endgame ditayangkan di pawagam, ramai yang sudah tidak sabar menantikan Marvel Cinematic Universe (MCU) Phase 4 yang akan bermula paling awal tahun hadapan sekiranya semuanya berjalan lancar.

Lebih menarik apabila sudah ada khabar angin tentang musuh para Avengers di masa datang bagi menggantikan musuh hebat mereka sebelum ini, Thanos. Musuh ini juga dibahagikan kepada dua: musuh skala dunia dan musuh skala kosmik atau angkasa lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Norman Osborn atau Green Goblin adalah watak yang dikhabarkan bakal menjadi musuh hebat para Avengers untuk skala bumi. Osborn kemungkinan besar akan diperkenalkan dalam filem Spider-Man: Far From Home yang akan ditayangkan di pawagam Julai 2019.

https://twitter.com/animecomicbook1/status/1135939327651979267

Seorang lagi musuh dunia MCU yang akan membuat kacau bilau pada skala kosmik adalah Michael Korvac. Perkara ini dikongsikan di laman Reddit oleh seorang individu yang selama ini ‘berjaya’ mengorek rahsia dunia MCU sebelum ianya diumumkan secara rasmi.

Siapakah Michael Korvac ini? Dalam versi komik, Korvac atau The Enemy adalah seorang manusia dalam dunia altenate universe sebelum beliau ditukar menjadi Cyborg oleh Badoon, antara mahkluk asing yang wujud dalam dunia MCU.

Disebabkan beliau kini seorang Cyborg, Korvac mampu untuk mengawal hampir kesemua bentuk kuasa kosmik yang ada di angkasa serta dapat mengawal masa dan ruang. Hebat bukan?

https://twitter.com/vlc_jr/status/974873930900103169

Korvac merupakan salah satu musuh yang setanding atau lebih hebat kuasanya berbanding Thanos. Jika ianya benar, para Avengers bakal melalui masa yang sukar untuk bertempur dengan Korvac.

Dengan berita Fantastic Four versi reboot akan dihasilkan pihak Marvel Studios dalam masa terdekat, Doctor Doom juga mempunyai kemungkinan besar bakal menjadi musuh akan datang para Avengers.

Namun, menurut wakil daripada Marvel Studios, berita karya reboot Fantastic Four hanyalah khabar angin dan tidak benar. Jadi sama ada betul atau pun tidak, segala kemungkinan itu tetap ada.

Sumber