Pelakon dan juga pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara dan dibenar diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Julai 2022.

Mengikut pertuduhan, Awal melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara dengan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM600.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran itu, Awal dalam sesi siaran langsung di Instagram miliknya mahu menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi sekaligus memperbetulkan kesilapan orang ramai yang beranggapan dia membuat khianat di tempat awam.

Menurut Awal, berlaku salah faham antara dirinya selaku pemilik rumah dengan pihak pengurusan perumahan tersebut. Tambahnya, dia dihalang untuk masuk ke premis sendiri disebabkan ada tunggakan beberapa bulan yuran pengurusan.

Justeru itu, dia mengaku bertindak mengalih palang ‘gate’ menggunakan tangannya selepas permintaan untuk masuk ke kediaman sendiri bagi mengambil barang ditolak tanpa budi bicara.

“Mungkin kekhilafan saya tak bayar yuran pengurusan tapi saya memang duduk situ, itu membuatkan saya terkilan. Apabila saya dah masuk baru saya tahu mereka buat laporan polis akibat masuk rumah sendiri, macam rasa nak gelak ada, nak menangis pun ada.” ujar Awal.

Untuk pengetahuan anda, Awal didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun atau tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Diinspirasikan Daripada Kisah Benar, Netizen Teruja Mahu Tonton Filem Mat Kilau Di Pawagam

Selepas 2 Tahun Ditutup Dan Terbengkalai, Ini Keadaan Terkini MAPS Ipoh Yang Menyedihkan

Berdasarkan Kisah Benar, Lelaki Ini Dakwa Temui Lokasi Sebenar Filem KKN Desa Penari