Tatkala orang ramai tidak sabar menunggu pelancaran kereta Perodua Myvi baharu dalam tempoh kurang 48 jam lagi, ada pelajar Malaysia yang kini sedang berada di luar negara berkongsi kegembiraannya apabila dapat berjumpa dengan model kereta tersebut di Edinburgh, Scotland.

Baru-baru ini salah seorang pengguna Facebook, Puan Mahziah Ramly telah berkongsi beberapa keping gambar di Facebook Group Myvi Club [Official] menyatakan anaknya berasa teruja dapat melihat kereta tersebut berada di negera orang.

Pada masa yang sama anaknya (baju berwarna merah) juga berasa gembira kerana dapat melepaskan perasaan rindu terhadap kereta Myvi sendiri yang berada di Malaysia.

Sumber Gambar: Facebook Group Myvi Club [Official]
Sumber Gambar: Facebook Group Myvi Club [Official]
Hantaran ringkas itu telah mendapat perhatian pengguna Facebook lain sehingga ia mula tular menjadi bualan para netizen. Rata-rata ramai yang teruja serta berbangga model Myvi generasi pertama yang dikeluarkan pada tahun 2005 masih dalam berkeadaan baik di negara orang lain.

Salah seorang pengguna Facebook turut berkongsi di mana dia juga pernah berjumpa dengan satu lagi kereta buatan Malaysia, Proton Satria GTI semasa dia berada di Australia.

Sumber Gambar: Facebook Group Myvi Club [Official]
Sumber Gambar: Facebook Group Myvi Club [Official]
Sumber Gambar: Facebook Group Myvi Club [Official]
Sumber Gambar: Facebook Group Myvi Club [Official]
Siapa sangka keluaran pertama model kereta Myvi ini masih lagi digunakan pada hari ini oleh orang luar negara. Sekaligus membuktikan kereta bersaiz kompak keluaran tempatan mempunyai permintaan dari negara-negara luar.

Untuk makluman semua, pihak Perodua telah menerima sebanyak 52,000 tempahan untuk model Myvi generasi pertama pada bulan Ogos 2005 lalu. Menjelang separuh tahun kedua 2006 pula, jumlah tempahan telah mencapai purata 7,000 unit sebulan.

Pada 18 November, pukul 9 malam nanti, Perodua akan melancarkan model Myvi 2022 secara langsung menerusi laman sosial rasmi mereka. Anda boleh baca info lanjut spesifikasi kereta ‘hatchback’ tersebut melalui pautan di bawah.

Perodua Myvi 2022 Hadir Dengan 5 Varian, Tempahan Dibuka Bermula Harga RM45,700

Jualan Myvi ‘Rebadged’ Meningkat Secara Tiba-Tiba, Terima Pujian Di Kalangan Netizen Indonesia

Perodua Myvi Dilancarkan Di Singapura Dengan Harga RM197,093

Sumber