Sebut mengenai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pasti ramai yang cukup hormat dengan kumpulan ini yang berusaha keras dalam menjaga keamanan serta membantu orang ramai dalam masalah melibatkan jenayah. Tampil profesional dalam tugas antara sikap yang diharapkan orang ramai terhadap kumpulan Sang Saka Biru ini.

Dalam pada itu, tular baru-baru ini di media sosial apabila terdapat seorang anggota polis yang membuat live di TikTok pada waktu bekerja. Lebih menghairankan, anggota polis yang didakwa netizen berpangkat Asistan Superintenden Polis (ASP) ini dilihat melakukan live sewaktu operasi yang turut disertai beberapa anggota polis yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/Tsgxy_/status/1518122874740953088

Berdasarkan live TikTok yang dijalankan, anggota polis ini jelas teruja dengan jumlah kehadiran penonton yang menyertai live beliau sehingga berjaya meraih 1,900 tontonan.

Bukan itu sahaja, anggota polis ini turut mengambil peluang sewaktu live ketika operasi ini dalam mengiklankan akaun TikTok beliau dalam usaha meraih 100,000 followers.

Tindakan bersahaja anggota polis ini jelas membuatkan para netizen mempersoalkan sama ada anggota polis sememangnya dibenarkan untuk menjalankan live TikTok sewaktu operasi atau sebaliknya.

Tidak kurang juga yang berpendapat tindakan yang dilakukan dilihat tidak profesional. Berikut merupakan respon netizen terhadap live TikTok yang dilakukan.

https://twitter.com/akmalzulhilmi_/status/1518126959783714817

Menerusi perkongsian video yang tular, para netizen turut memohon untuk pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) mengambil tindakan. Diharap seperti ini tidak lagi berulang kerana mampu mencemar integriti warga PDRM.

Kemas kini: Timbalan Ketua Polis Negara telah mengarahkan JIPS Bukit Aman untuk menjalankan soal siasat kes ini dengan segara.

Sebelum ini, situasi yang sama turut berlaku melibatkan seorang guru di sekolah yang turut menjalankan ‘live’ TikTok sewaktu sesi pembelajaran.

‘Live’ TikTok Ketika Sesi Pembelajaran Di Sekolah, Netizen Mahu Guru Ini Dikenakan Tindakan

Dakwa Tidak Ada ‘Agreement’ Punca PA Baharu DSV Gaji RM10,000 Tolak Untuk Bekerjasama