Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan saat ini semestinya anda semua sedang sibuk membuat persiapan Raya, bukan? Tidak lengkap sambutan Raya tanpa kerepek dan kuih raya.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter @snabehh, pak ciknya sepatutnya membeli 70 pek kerepek sahaja tetapi disebabkan salah faham terbeli 70 kotak kerepek.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Malah, sepupu beliau turut berkongsi reaksi mereka sekeluarga apabila menerima kotak kerepek tersebut.

Perkara tersebut mendapat perhatian ramai orang dan pastinya anda juga berasa lucu akan perkongsian tersebut. Oleh yang demikian, mereka mengambil keputusan untuk menjual semula kerepek tersebut kerana terlalu banyak.

Akan tetapi, kerepek tersebut hanya di jual di Singapura sahaja dan tidak tersedia di Malaysia.

Diharap anda di luar sana yang teruja untuk menyambut Hari Raya tidak terbeli kerepek dan biskut raya dengan banyak seperti ini.

Adakah persiapan raya anda sudah siap? Sementara itu, klik pautan di bawah untuk lihat iklan Raya tahun ini.

Tonton Iklan Raya PETRONAS ‘Antara Dua Jendela’ Tampil Dengan Animasi Yang Kreatif Dan Unik

Tonton Iklan Raya TNB ‘Semangat Raya Epik Fantastik’ Tahun Ini Yang Berbeza Tetapi Kekal Unik

Lihat Iklan Raya Muslim.Sg ‘Jauh Di Mata, Dekat Di Hati’ Tahun Ini Yang Pasti Buat Anda Sebak

Anda Mungkin Suka