Tour De France merupakan satu acara tahunan perlumbaan basikal beramai-ramai yang dianjurkan di kawasan negara Perancis yang kadang-kala melibat negara berhampiran.

Terbaharu, pihak berkuasa Perancis sedang memburu seorang wanita yang menyebabkan berpuluh-puluh penunggang basikal terjatuh di atas satu sama lain semasa acara Tour de France berlangsung pada hari Sabtu lalu.

Kemalangan yang berlaku merupakan antara terburuk pernah terjadi sepanjang Tour De France berlangsung, disebabkan wanita yang berdiri di tepi jalan telah masuk ke dalam laluan pelumba sambil memegang kadbod untuk menunjukkan mesej kepada jurukamera.

Namun, nasib tidak menyebelahi pelumba Jerman, Tony Martin apabila dia terlanggar wanita yang sedang memegang kadbod itu, lalu terjatuh mengakibatkan puluhan lagi pelumba lain berlanggar dan tertindih di atas satu sama lain.

Menurut CNN Sports, kejadian ngeri itu telah mengakibatkan tiga pelumba menarik diri daripada perlumbaan peringkat pertama hari Sabtu lalu, termasuk pelumba Jerman, Jasha Sutterlin yang sama-sama terlibat dalam kemalangan tersebut.

Pihak berkuasa dari Gendarmerie du Finistère telah berkongsi satu hantaran di Facebook yang menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut tampil untuk membantu siasatan.

“Suspek yang menyebabkan kemalangan ngeri tersebut telah meninggalkan tempat kejadian sebelum pihak berkuasa tiba.

“Wanita itu memakai cermin mata dan mengenakan seluar jeans biru, baju sejuk berjalur merah dan putih serta jaket kuning. Dia memegang kadbod yang bertulis mesej — ALLEZ OPI-OMI!,” terang pihak berkuasa dalam hantaran tersebut.

Menurut laporan dari surat khabar Perancis L’Equipe, pihak polis kini giat mencari suspek tersebut dan kesalahan wanita tersebut boleh menyebabkannya berhadapan hukuman penjara selama satu tahun dan denda 15,000 Euro (RM74,169).

Sementara itu, sebanyak 280,000 data pelajar Israel telah dibocorkan oleh penggodam Pro-Palestin dari Malaysia.

Tindakan DragonForce Malaysia Bocorkan Data 280,000 Pelajar Israel Dapat Perhatian Media Pro-Zionist

Perang Dadah Mexico, Anak El Chapo Bunuh Dan Gantung Mayat Musuh Di Bawah Jambatan