Sejak digunakan secara meluas oleh orang ramai, dashboard cam atau kamera rakaman yang diletakkan dalam kereta sering sahaja merakam perkara-perkara yang tidak disangka berlaku di jalan raya.

Daripada kemalangan dan salah laku sehinggalah kejadian pelik serta lucu yang dilakukan oleh pengguna jalan raya- seperti dikongsikan netizen di platform Twitter ini.

japan featured
HYPE
14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba
Baca lagi →

Semuanya bermula apabila pemandu-pemandu yang menggunakan lorong kecemasan ini terpaksa berebut-berebut untuk kembali ke lorong yang sepatutnya  dan terpaksa ‘meminta’ laluan daripada pengguna lain.

Capture

Ia selepas pemandu-pemandu degil yang berada di lorong kecemasan ini dikejutkan dengan kehadiran sebuah kereta peronda di hadapan mereka (lorong kecemasan).

“Ha kau, semua menggelupur punggung,” tulis netizen sambil berkongsikan video kejadian berkenaan.

Walaupun tiada apa-apa yang berlaku selepas itu, namun ianya harus menjadi pengajaran berguna buat mereka ini dan juga pengguna-pengguna jalan raya yang lain agar tidak menggunakan lorong kecemasan ini.

Bukan sahaja boleh disaman dan dikenakan tindakan undang-undang namun ianya juga akan mengakibatkan kesukaran buat mereka yang betul-betul perlu untuk menggunakan lorong kecemasan seperti ambulans dan bomba.

Baca kembali perkongsian kami mengenai ambulans ini yang terbabas selepas sebuah kereta menggunakan lorong kecemasan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Tindakan Honda CRV Memasuki Lorong Kecemasan Buatkan Ambulan Terbabas

Masuk Lorong Kecemasan Sesuka Hati Jadi Punca Kemalangan, Pemandu Kereta Camry Telah Ditahan

Reaksi Caprice Tentang Isu Solat Di Lorong Kecemasan Undang Pertikaian Netizen

Anda Mungkin Suka