Sudah menjadi kebiasaan sejak akhir-akhir ini di mana restoran sering kali menggunakan khidmat influencer atau food reviewer dalam mempromosikan kedai sekaligus melariskan jualan.

Salah satu medium utama yang kerap kali digunakan adalah review makanan secara video yang sekaligus memperlihatkan seleksi hidangan yang tersedia di restoran tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular sebuah video perkongsian Twitter @Jomkitamy yang telah meraih pelbagai respon di kalangan netizen berikutan cara dua individu ini ‘review’ kedai makan ini.

Menerusi video yang dikongsikan, netizen berpendapat cara dua individu ini menjamah makanan sehingga meleleh kuah ke dagu membuatkan mereka berasa tidak berselera.

Bukan itu sahaja, terdapat juga netizen yang berpendapat individu yang mempunyai saiz badan yang besar tidak wajar membuat review mengenai makan kerana mampu mengundang kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Berikutan menerima pelbagai respon negatif daripada para netizen, influencer yang berada dalam video ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai gaya makan yang dilihat agak kurang sopan serta sedia menerima teguran secara terbuka.

Beliau turut memaklumkan sedia mengubah cara beliau review makanan agar lebih sopan dan berkualiti serta memohon orang ramai tidak menghina fizikal beliau dalam mengkritik.

Meskipun kurang disenangi para netizen, video yang baru sahaja dikongsikan pada 28 Disember lalu telah meraih lebih 3.1 juta tontonan setakat artikel ditulis.