Sebut mengenai pasar raya Tesco pasti orang Malaysia cukup mengenalinya. Mula membuka cawangan pertama seawal tahun 2002 dengan kerjasama bersama Sime Darby Bhd, rangkaian pasar raya ini terus berkembang sebanyak 68 cawangan sehingga hari ini.

Di sebalik pertambahan jumlah cawangan setiap tahun, syarikat Tesco yang berasal dari Britain mempunyai pelan sebaliknya bagi pasaran Malaysia dan Thailand.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
https___s3-ap-northeast-1.amazonaws.com_psh-ex-ftnikkei-3937bb4_images_7_6_3_7_12267367-2-eng-GB_20180129_CPF-Charoen-Pokphand-Foods
Antara produk keluaran CP Group. Sumber: Nikkei Asean Review

Difahamkan sebuah persetujuan telah dibuat di mana Tesco sedia melepaskan rangkaian mereka di Malaysia dan Thailand kepada CP Group dengan nilai $10.6 bilion (~RM44.6 bilion).

Penjualan Tesco bagi pasaran Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Thailand ini juga dikatakan merupakan salah satu strategi Tesco dalam memfokuskan kepada pasaran mereka di UK.

Untuk pengetahuan, CP Group merupakan sebuah syarikat yang menguasai beberapa hypermarket lain seperti Makro dan Tesco Lotus. Selain itu, syarikat ini turut popular dengan rangkaian makanan segera yang tersedia di semua cawangan 7-Eleven di Thailand.

1
Sumber: Rojak Daily

Berdasarkan jumlah nilai peralihan cawangan Tesco yang dipersetujui, difahamkan CP Group sedia membayar sebanyak $9.9 bilion (RM41.71 bilion) bagi Tesco Thailand dan $700 juta (RM2.95 bilion) bagi Tesco Malaysia.

Peralihan pemilikan cawangan Tesco Malaysia dan Thailand kepada CP Group ini kemungkinan besar tidak memberi kesan dari segi rekaan sekaligus mengekalkan penjenamaan dan identiti Tesco setidaknya di Malaysia.

Rancangan Tesco untuk menutup pasaran di Malaysia dikatakan mulai dibincang seawal Disember lalu dimana pihak Tesco mahu menumpu kepada pasaran UK.

Mahu Tumpu Pasaran UK, Tesco Rancang Tutup Operasi Di Malaysia?

‘Northwest Cherries’ Kini Tersedia Di Tesco Malaysia

Sumber