Rangkaian pasaraya terbesar Britain, Tesco Plc, sedang mempertimbangkan untuk menjual perniagaannya di Thailand dan Malaysia.

Syarikat tersebut dilaporkan sedang berusaha untuk memperbaiki perniagaan mereka dan ini termasuk kemungkinan untuk keluar dari pasaran Malaysia, lapor Reuters.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam satu laporan yang dikeluarkan Bloomberg, penjualan Tesco di pasaran Asia mampu mencecah sehingga RM37 bilion.

Namun penilaian ini dinafikan oleh jurucakap Tesco dengan merujuk bahawa ‘pelan strategik masih diperingkat awal’.

Tesco Malaysia dilancarkan pada tahun 2002 dan mempunyai 74 pasaraya. Manakala rangkaian terbesar Tesco adalah di Thailand dengan 1,967 pasaraya sejak 1998. Pasaran Thai saja bernilai hampir RM29 bilion – termasuk dengan aset hartanah.

Bloomberg turut melaporkan bahawa AEON adalah salah satu syarikat yang berkemampuan untuk mengambil alih pasaran Tesco di Malaysia.

Aeon yang hadir pada 2012 setelah mengambil alih rangkaian Carrefour dengan RM1 bilion walau bagaimanapun enggan untuk memberi apa-apa komen.

Manakala pemegang saham Tesco, syarikat Sime Darby akan menerima hampir RM1.3 bilion jika rangkaian pasaraya Tesco keluar daripada pasaran Malaysia.

Sebelum ini kami juga pernah menulis beberapa rangkaian perniagaan yang menutup operasi setelah menghadapi kerugian. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Utusan Melayu Bakal Tutup Operasi Hari Ini?

Cawangan Speedy Di Mid Valley Tawar Promosi Mega Sebelum Tutup Operasi

Parkson Akan Tutup Operasi Cawangan Suria KLCC