Sebut mengenai Tesla pasti ramai yang cukup tahu dengan prinsip jenama kereta ini yang cuma mengeluarkan kenderaan yang berasaskan elektrik. Menurut pengasasnya Elon Musk, penggunaan elektrik pada kenderaan merupakan teknologi masa hadapan berbanding penggunaan bahan api.

Walaubagaimanapun, disebalik teknologi pengecasan elektrik yang lebih baik untuk alam sekitar serta menjimatkan, para pengguna Tesla nampaknya tidak boleh elak daripada terpaksa untuk menunggu sekitar 20 minit atau lebih untuk menantikan kereta mereka siap dicas untuk bergerak semula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

maxresdefault

Situasi ini mungkin lebih mudah jika dicas dirumah namun sedikit berbeza apabila berada diluar. Dalam usaha untuk membuatkan para pengguna tidak bosan menantikan kereta mereka siap dicas, Tesla telah memperkenalkan Tesla Arcade.

Menerusi kemaskini terbaru media kereta ini, Tesla Arcade menawarkan sejumlah game khusus buat para pemandu. Lebih menarik, game yang ditawarkan boleh dikawal terus menggunakan brek dan stereng kereta ini dalam usaha menawarkan pengalaman yang lebih menarik dan realistik.