Tesla secara rasminya akan memasuki pasaran Malaysia yang mana sebelum dilaporkan sudah ada penyenaraian beberapa jawatan pada beberapa minggu lalu. Salah satu yang dinantikan oleh pemilik Tesla tempatan sudah semestinya stesen pengecasan rasmi daripada syarikat itu.

Menerusi ciapan yang dihantar oleh Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri iaitu Tengku Zafrul, beliau mengesahkan Tesla akan membina sekurang-kurangnya 50 pengecas Supercharger mereka di Malaysia dalam tempoh 3 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Daripada jumlah tersebut, sekitar 30% mestilah boleh digunakan oleh kenderaan elektrik pengeluar lain. Jadi, kereta jenama selain Tesla boleh memanfaatkan stesen pengecasan yang disediakan di kawasan yang terpilih.

Dengan jumlah pengguna kereta elektrik yang semakin meningkat pada saban hari, sudah pasti infrastrutur pengecas perlu diperluaskan di seluruh Malaysia.

Ditambah pula sewaktu musim raya yang bakal dipenuhi dengan pengguna kereta EV di lokasi-lokasi pengecas menjadikan penambahan stesen pengecas sangat berguna.