Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Secara umumnya, Tesla merupakan syarikat automatif yang berjaya untuk melahirkan kereta-kereta dengan rekaan futuristik dan inovatif meskipun masih baru. Ya, Tesla boleh dikatakan masih baru di dalam arena automotif yang diasaskan pada 2003, 20 tahun selepas wujudnya Proton.

Syarikat Tesla nampaknya mahu dijadikan contoh buat syarikat-syarikat automotif yang lain. Contohnya, Tesla Model S dilahirkan atas sebab mahu mewujudkan sebuah kenderaan sedan bercirikan kereta elektrik tetapi mempunyai kuasa seperti kereta-kereta yang lain. Ciri-ciri yang sama diadaptasi untuk Model X bagi kenderaan jenis SUV.

Tetapi tahukah anda, Tesla sebenarnya mempunyai suatu masalah yang mungkin kereta-kereta yang lain dapat selesaikan iaitu ketiadaan tempat meletak cawan atau bekas air.

tesla

Agak mengejutkan kereta berstatus mewah dan mahal ini tidak mempunyai keperluan asas seperti tempat meletak cawan. Perkara ini sengaja tidak dibuat pada kenderaan Tesla kerana CEO mereka, Elon Musk tidak suka membawa minuman di dalam kenderaan.

Perkara ini telah menyebabkan pemilik-pemilik kenderaan Tesla tidak berpuas hati tentang ketiadaan ciri asas ini. Namun sebagai sebuah syarikat yang semakin membangun, Tesla pantas untuk melakukan perubahan demi kebaikan pengguna dengan mewujudkan tempat meletak minuman. Oh ya, tempat meletak minuman yang disediakan Tesla juga boleh dikatakan agak futuristik sesuai dengan kenderaan keluaran mereka.

img_4725

Ia adalah satu petak cupholder yang boleh diubah suai. Pembahagi melengkung ini boleh diubah masuk dan keluar untuk membuat diletakkan dua bekas minuman besaiz biasa atau untuk menampung bekas minuman yang besaiz besar.

Kedua-dua baris tempat duduk belakang juga mempunyai tempat meletak minuman yang banyak , sesuai dengan kes Tesla bahawa Model X adalah gabungan minivan , SUV dan kereta sukan.

Anda Mungkin Suka