Disebalik kejayaan Elon Musk dalam melancarkan roket Space X dalam misi untuk menghantar Tesla Roadster ke Planet Marikh, Tesla baru-baru ini telah dilada krisis terbaru. Berdasarkan laporan Tesla dikatakan telah menjual kereta buatan mereka yang rosak secara haram dengan harga yang lebih rendah.

Difahamkan penjualan kereta secara haram ini dibuat untuk menghabiskan stok Tesla yang mereka gagal untuk  tunaikan buat mereka yang menempah model awal mereka. Pihak Tesla turut mengatakan kereta yang dijual bukanlah kereta yang rosak sebaliknya merupakan kereta terpakai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

elon-musk-crazy (1)

Lebih parah, dikatakan Tesla Cloud telah digodam oleh penggodam serta syarikat ini terpaksa menanggung kerugian terbesar mereka sepanjang sejarah. Setakat ini aktiviti haram yang dilakukan Tesla ini masih lagi di dalam siasatan.

Diharap kontroversi ini tidak menghalang Tesla untuk menjadi syarikat automotif terunggul seperti yang diharapkan Elon Musk.

Sumber