Pada awal bulan Januari yang lalu, nilai pasaran saham Tesla telah membantu Elon Musk untuk dinobatkan sebagai manusia terkaya di dunia setelah berjaya memintas pengasas Amazon, Jeff Bezos.

Walaupun jenama Tesla dikenali sebagai pioneer dan berpengalaman di dalam industri kereta elektrik, sebahagian model-model kereta mereka mempunyai masalah-masalah major yang boleh menganggu pemanduan kereta tersebut.

Paling terbaru model-model kereta buatan Tesla antara tahun 2012 sehingga 2018 yang mempunyai masalah kegagalan skrin digital untuk berfungsi yang boleh menyebabkan isu keselamatan kepada para pengguna.

vocket-tela-panggil-semula-kereta-1

National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) telah menghantar surat rasmi kepada Alan Prescott, Naib Presiden Penasihat Umum Undang-Undang di Tesla dan mereka perlu membalas semula surat tersebut selewat-lewatnya pada 27 Januari 2021.

Di dalam surat tersebut, pihak NHTSA menyatakan kegagalan unit konsol media atau media-console units (MCU) adalah ‘kecacatan yang berkaitan dengan keselamatan kenderaan bermotor’ kerana ia melibatkan pelbagai masalah keselamatan kepada pengguna seperti –

  • Tidak boleh melihat visual kawalan kamera pandangan belakang.
  • Tidak boleh mengawal fungsi pemanasan (heater), penyaman udara, nyah-kabus dan nyah-beku.
  • Kehilangan fungsi bunyi loceng dan amaran yang dapat didengar sebagai  petunjuk.
  • Kegagalan ciri bantuan pemandu Autopilot.

Model-model kereta Tesla yang perlu dipanggil semula ialah Sedan Model S yang dibina antara tahun 2012 dan 2018 serta SUV Model X dari 2016 hingga 2018. Kedua-dua model kereta ini dilengkapi dengan pemprosesan Nvidia Tegra 3 dengan peranti memori flash bersepadu sebesar 8GB.

Setiap MCU dipasang cip ini dengan jangka hayat penggunaannya kira-kira selama 10 tahun. Sebahagian ruang simpanan memori akan digunakan setiap kali kereta dihidupkan dan setelah kereta berusia lima ke enam tahun, ia mula gagal berfungsi apabila kapasiti ruangan tersebut sudah penuh.

Difahamkan Tesla telah membuat beberapa siri kemas kini-melalui-udara (over-the-air update) untuk mengurangkan beberapa masalah yang berlaku tetapi pihak NHTSA mengatakan ia tidak mencukupi untuk menangani masalah tersebut.

Semoga pihak Tesla memberikan maklum balas secepat mungkin mengenai isu ini kerana ia akan menjejaskan reputasi sebagai pioneer pengeluar kereta elektrik terbesar dunia.

Tahukah anda Elon Musk bukanlah pengasas sebenar Tesla? Baca artikel yang kami pernah kongsikan untuk tahu kisah sebenar melalui pautan di bawah.

6 Fakta Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu Mengenai Jenama Tesla

Elon Musk Pintas Jeff Bezos Untuk Jadi Manusia Terkaya Di Dunia Dengan Nilai RM789.26 Bilion

Hanya Kerana ‘Tweet’ Elon Musk, Saham Tesla Jatuh RM60 Bilion

 

Sumber