Pada tahun 2019, Elon Musk pernah membalas beberapa ciapan di mana Tesla tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk mengubah reka bentuk luaran dan dalaman kereta Model S dan Model X pada masa akan datang.

Tetapi pada awal pagi ini, Tesla telah berkongsi di laman web rasmi yang mana kereta Model S dan Model X telah diberikan nafas baru setelah hampir 9 tahun kedua-dua model tersebut berada di pasaran.

Mari kita lihat penambah baikkan yang telah dibuat untuk kedua-dua buah model kereta ini.

Tesla Model S

vocket-tesla-model-s-2021-6
Sumber Gambar: Tesla.com

Model S terbaru ini mempunyai reka bentuk luaran yang diperbaharui, ruangan dalam kabin yang lebih ringkas dan pilihan powertrain lebih berkuasa yang membolehkan kereta bergerak sekurang-kurangnya 836km dan boleh memecut dari 0 hingga 96km/j dalam masa kurang dari dua saat dengan sekali caj sahaja.

Tesla menyatakan Model S terbaru ini ‘pengeluaran kereta mempunyai pecutan terpantas yang pernah dibuat’ oleh mereka.

vocket-tesla-model-s-2021-5
Sumber Gambar: Tesla.com
vocket-tesla-model-s-2021-8
Sumber Gambar: Tesla.com

Model kereta baru ini tidak mempunyai perbezaan yang ketara pada bahagian luar kereta, tetapi pada bahagian ruang dalam kabin kelihatan lebih minimal dan bersih.

Ia turut menggunakan skrin infotaimen 17 inci yang mempunyai resolusi 2200x1300px dengan warna lebih cerah dan responsif. Kereta ini juga menggunakan butterfly steering wheel yang pernah digunakan pada model Roadster Concept.

Model S ditawarkan dengan tiga varian yang berbeza. Harga yang ditawarkan bermula dari USD79,990 (RM323,599) untuk varian ‘Long Range’ yang boleh dipandu dengan jarak sejauh 663km, USD119,000 (RM481,414) untuk varian ‘Plaid’ yang boleh memecut 96km/j dalam 2 saat atau USD139,000 (RM562,324) yang mempunyai kapasiti bateri cukup besar untuk begerak sejauh 836km.

Tesla Model X

vocket-tesla-model-x-2021-7
Sumber Gambar: Tesla.com

Model X yang baru masih mengekalkan reka bentuk luaran yang sama tetapi pada ruangan dalam kabin ia menggunakan rekaan sama seperti Model S. Ia dilengkapi dengan skrin infotainmen, butterfly steering wheel dan juga skrin untuk penumpang di belakang.

vocket-tesla-model-x-2021-3
Sumber Gambar: Tesla.com
vocket-tesla-model-x-2021-5
Sumber Gambar: Tesla.com

Model X turut ditawarkan dengan tiga varian yang berbeza. Harga yang ditawarkan bermula dari USD89,990 (RM364,054) untuk varian ‘Long Range’ yang boleh dipandu dengan jarak sejauh 579km dengan kelajuan maksimum 249km/j, USD119,000 (RM481,414) untuk varian ‘Plaid’ yang boleh memecut 96km/h dalam 2.5 saat.

Menurut Elon Musk menerusi ciapannya, Model S varian ‘Plaid’ sedang dalam produksi dan pelanggan bakal menerimanya pada bulan Februari nanti. Model S varian ‘Plain+’ pula akan diterima oleh pelanggan pada lewat tahun 2021. Manakala untuk Model X, ia dijangkakan bakal menemui pelanggan pada April 2021.

Baca lagi artikel terbaru mengenai isu-isu ‘hangat’ yang berlaku sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

Umpama ‘Godzilla Vs Kong’, Kemalangan Dua Kereta Ini Menjadi Bualan Para Netizen

Mirip Aksi Fast & Furious, 17 MPV Polis Kejar Suspek Pandu Toyota Altis Secara Berbahaya

Ibu Diugut Anak Sendiri, Serahkan ‘Fortuner’ Yang Dibeli Atau Bayar Sewa RM57,629

Sumber