Beberapa hari lalu heboh dalam kalangan peminat teknologi kereta elektrik apabila menerima berita Tesla telah menghantar pelan pelaburan di Indonesia baru-baru ini.

Timbalan Ketua Koordinasi Pelaburan dan Perlombongan Indonesia, Septian Hari Seto mengesahkan Tesla telah menghantar pelan pelaburan untuk membangunkan bekalan bateri EV di negara mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-tesla-indonesia-ess-2
Sumber Gambar: Insideevs

Menurut Septian, Tesla berminat untuk membangunkan Energy Storage System (ESS) atau sistem penyimpanan tenaga dalam skala yang besar. ESS dapat menggantikan stesen janakuasa kerana bateri yang ada pada ESS dapat dicas semula untuk menampung keperluan elektrik.

“ESS ini sebenarnya seperti bateri power bank, tetapi dalam skala yang besar. Kapasitinya dapat menyimpan puluhan mega watt bahkan hingga 100 megawatt.

“Tesla telah menunjukkan kejayaan mereka membangunkan sistem seperti ini di Australia dan menggabungkan ESS dengan tenaga baru boleh diperbaharui,” kata beliau.

vocket-tesla-indonesia-ess-3
Sumber Gambar: Tech Explorist

Septian mengatakan walaupun permintaan untuk sistem ESS cukup tinggi dari pelbagai negara lain, Tesla tetap menunjukkan minat mahu bekerjasama dengan Indonesia.

“Mereka ingin bekerjasama dengan kita kerana mereka melihat Indonesia sebagai sebuah negara kepulauan yang memiliki banyak bahan mentah yang boleh diperbaharui. Tenaga ini dapat bergabung dengan teknologi ESS mereka dan memberikan manfaat maksimum kepada orang ramai,” katanya.

Wakil Tesla dan wakil kerajaan Indonesia akan meneruskan rundingan pada sekitar minggu ini secara virtual. Sekiranya rundingan mereka mencapai kata sepakat, kita bakal melihat Indonesia bakal menjadi sebuah negara pembekal bateri EV terbesar di Asia Tenggara.

Baca lagi artikel mengenai Tesla yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Tesla Kembali Lancarkan Kereta Model S Dan Model X Dengan Nafas Baru

6 Fakta Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu Mengenai Jenama Tesla

Hanya Kerana ‘Tweet’ Elon Musk, Saham Tesla Jatuh RM60 Bilion

 

 

 

 

 

Sumber