Sama ada para pengguna membeli oleh sebab model kereta ini dijana dengan kuasa elektrik mahupun kagum terhadap kemajuan Tesla dan inovasi Elon Musk, Tesla Model 3 berjaya membuktikan kereta ini menerima jumlah maklum balas tertinggi berbanding kereta lain di Amerika Syarikat.
Berdasarkan laporan daripada Consumer Reports, model ini berjaya mencatatkan jumlah maklum balas positif sebanyak 92% mengalahkan beberapa model sedan yang lain seperti Audi A4 dan BMW 3 Series.
Lebih hebat, 92% daripada pengguna Tesla Model 3 memaklumkan mereka sangat berpuas hati dengan pilihan yang dibuat serta tidak kisah untuk mendapatkannya. Model sedan daripada Tesla ini mula ditawarkan pada tahun 2017 dan dijual dengan harga $35,000 (RM142,621.50) sehingga $45,000 (RM183,370.50).
Looks like this can be fixed with a firmware update. Will be rolling that out in a few days. With further refinement, we can improve braking distance beyond initial specs. Tesla won’t stop until Model 3 has better braking than any remotely comparable car.
— Elon Musk (@elonmusk) May 22, 2018
Apa yang membuatkan model daripada Tesla sering menerima maklum balas positif daripada pengguna adalah disebabkan Elon Musk sendiri yang cakna dengan perubahan dan masalah yang berlaku terhadap produk penggunanya. Berikut merupakan tweet daripada Elon Musk mengenai masalah Tesla Model 3 yang mampu diselesaikan hanya melalui kemaskini firmware.
- SUMBER
- CNBC