Fungsi auto-pilot yang ada pada kereta-kereta Tesla memang memudahkan pengalaman pemandu semasa membawa kenderaan. Namun, beberapa insiden kemalangan disebabkan fungsi tersebut diaktifkan telah menyebabkan kebimbangan orang ramai.

Terbaharu, Tesla memutuskan untuk mengaktifkan kamera dalam kereta yang dipasang pada Model 3 dan Model Y untuk memantau pemandu semasa sistem auto-pilot diaktifkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam kemas kini perisian terbarunya, Tesla telah mengaktifkan kamera yang diletakkan pada beberapa bahagian dalam keretanya untuk mengesan pemandu semasa kenderaan berada di dalam fungsi auto-pilot.

Kamera tersebut diletakkan di atas cermin pandang belakang bertujuan untuk merakam situasi yang tidak disedari oleh pemandu. Ia lengkap dengan pelbagai sensor yang berhubung pada beberapa bahagian kereta terutama pada stereng pemandu.

vocket-kereta-tesla-kena-tahan-kerajaan-china-1
Sumber Gambar: Electrek.co

Menurut Tesla, mereka menggunakan sistem data closed loop, di mana setiap imej yang dirakam oleh kamera tidak boleh meninggalkan kereta. Sistem tidak dapat menyimpan atau menghantar maklumat kecuali fungsi perkongsian data diaktifkan.

Keputusan untuk mengaktifkan kamera dalaman dibuat setelah banyak kemalangan yang melibatkan kenderaan Tesla berlaku apabila fungsi auto-pilot diaktifkan dan pemandu tidak berwaspada dengan keadaan sekeliling.

China telah menghalang kereta jenama Tesla daripada memasuki mana-mana kawasan premis kerajaan kerana bimbang dengan kamera yang ada pada kenderaan tersebut.

Kerajaan China Halang Kereta Tesla Masuk Kawasan Premis Kerajaan

Elon Musk Sangkal Dakwaan Mangsa Maut Akibat Guna Fungsi ‘Auto-Pilot’

 

Sumber