Menyebut tentang Tesla mungkin ramai daripada anda yang cukup tahu dengan syarikat kereta elektrik Elon Musk. Berjaya menawarkan rangkaian kereta yang pantas dan efisien dalam penggunaan elektrik antara yang membuatkan Tesla mendapat pujian daripada orang ramai.

Terbaru, menerusi misi untuk menawarkan lebih banyak kereta elektrik kepada orang ramai, Tesla melalui Model 3 selaku model yang disasarkan buat golongan pertengahan sedia menawarkan Tesla Model 3 dengan versi yang lebih mampu milik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

012-tesla-model-3-ewing

Melalui versi terbaru ini, Tesla Model 3 masih mampu memecut 0 ke 96.5km/j dalam jangka masa 5.6 saat sahaja dan mampu mencapai kelajuan maksimum 201km/j. Agak pantas bukan?

Tesla Model 3 spesifikasi yang lebih rendah ini sedia ditawarkan pada harga $35,000 berbanding versi asalnya iaitu $45,000. Penjimatan ini sekaligus bakal menarik perhatian ramai khususnya mereka yang berada di Amerika Syarikat untuk mendapatkannya.

https://twitter.com/elonmusk/status/1053061305081315328?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1053061305081315328&ref_url=https%3A%2F%2Fhypebeast.com%2F2018%2F10%2Ftesla-lower-cost-mid-range-model-3

Agak-agak, berapakah harga Tesla Model 3 versi terbaru ini apabila mula dibawakan ke Malaysia?