Sebuah kejadian yang jarang berlaku di negara luar nampaknya terjadi di China apabila kereta berjenama Tesla secara tiba-tiba terbakar serta menghasilkan letupan di sebuah tempat meletak kenderaan di Shanghai.

Punca letupan ini setakat ini masih belum diketahui. Lebih ironi, letupan tersebut berlaku disaat bateri kereta tidak dicas yang secara tidak langsung bakal tidak memberi riaksi kepada pembakaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Tesla, penggunaan kereta elektrik dianggarkan 10 kali lebih selamat berbanding model kereta biasa. Sebelum ini model kereta Tesla pernah terlibat dengan kebakaran namun ianya berlaku sewaktu pelanggaran.

Berikutan insiden ini, Tesla dengan cepat memilih untuk menyiasat punca letupan ini. Insiden seperti ini pastinya menggugat kepercayaan orang ramai untuk mendapatkan Tesla. Lebih-lebih lagi di negara China dimana 20% daripada keuntungan mereka daripada negara tersebut.

Sumber