Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada awal bulan Februari lalu, Tesla telah membuat pelaburan besar pada kriptowang bitcoin yang berjumlah $1.5 bilion (RM6.09 bilion) sebagai sebahagian aset untuk syarikat tersebut.

Terkini, Elon Musk telah mengesahkan kereta Tesla boleh dibeli menggunakan kriptowang bitcoin menerusi satu ciapan di Twitter. Syarikat tersebut hanya menggunakan perisian ‘internal & open source’ dan mengendalikan nod Bitcoin secara langsung.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Tambah Elon Musk lagi, setiap bayaran kriptowang Bitcoin yang diterima akan disimpan sebagai Bitcoin, mereka tidak akan menukarnya menjadi mata wang fiat.

Buat masa ini pembayaran menggunakan kriptowang Bitcoin hanya ditawarkan pada pasaran Amerika Syarikat sahaja. Tesla bakal memperluaskan penerimaan kriptowang Bitcoin dari negara-negara lain sekitar tahun ini.

vocket-tesla-terima-bayaran-bitcoin-kriptowang

Sumber Gambar: SlashGear

Di penghujung bulan Februari, beberapa penganalisa memaklumkan Tesla kini sudah berjaya mengaut keuntungan sebanyak $1 bilion (RM4.04 bilion) hasil pembelian bitcoin sewaktu harga lebih rendah.

Nampaknya kita dapat jangkakan Tesla bakal menggandakan keuntungan lebih tinggi setelah mula menerima kriptowang Bitcoin sebagai salah satu kaedah pembayaran.

Awal bulan Februari lalu, Tesla telah membuat pelaburan besar pada kritowang bitcoin yang berjumlah $1.5 bilion (RM6.09 bilion).

Baru Sahaja ‘Melabur’ RM6.09 Bilion, Tesla Dijangka Terima Bitcoin Sebagai Tukaran Pembelian Kereta

Hampir Sebulan Melabur, Tesla Berjaya Raih Keuntungan Hampir RM4 Bilion Melalui Bitcoin

 

Anda Mungkin Suka