Sekiranya anda berpendapat syarikat yang anda bangunkan sejak daripada awal mampu memberi jaminan kepada anda, andaian anda mungkin silap.

Mula dibangunkan sejak 2004, Elon Musk yang merupakan CEO dan chairman Tesla merupakan individu yang bertanggungjawab membangukan syarikat automotif ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sepajang perjalanan membangunkan syarikat ini Tesla telahpun menerima pelbagai penghormatan daripada orang ramai serta berjaya mengubah industri kereta elektrik dunia.

tesla-elon-musk-1940x1091jpg

Dalam pada itu, sejak mula menandatangani kontrak 10 tahun sebagai CEO Tesla, segalanya berubah buat Elon Musk dan Tesla. Syarikat automotif ini seling terpalit dengan isu dalam menyiapkan model kereta terbaru seperti yang dijanjikan. Tidak dilupakan juga sistem pandu sendiri yang gagal berfungsi dengan baik sekaligus mengakibatkan kemalangan lalu lintas.

Berdasarkan insiden yang berlaku, 12  individu yang merupakan lembaga pengarah Tesla bakal menentukan nasib Elon Musk sebagai chairman Tesla. Difahamkan isu pengguguran ini dibuat untuk membolehkan Elon Musk memfokuskan tugasnya sebagai CEO sahaja tanpa perlu melibatkan chairman.

Nasib Elon Musk bakal ditentukan pada Jun 2018 ini apabila mesyuarat ahli lembaga pengarah Tesla dibuat. Meskipun beliau digugurkan jawatan chairman, jawatan beliau sebagai CEO masih lagi dikekalkan. Apa yang pasti, individu yang bakal memegang jawatan ini sekiranya Elon Musk digugurkan jawatan pastinya mempunyai harapan yang tinggi daripada orang ramai.