Sekiranya sedekad lalu idea untuk menghasilkan kereta berkelajuan tinggi dan dijana dengan kuasa elektrik dianggap tidak releven, kini tidak lagi. Semuanya atas hasil usaha Elon Musk bersama pasukan Tesla untuk menjayakan misi kereta elektrik khusus buat semua pengguna.

Pada kali ini, Elon Musk tidak lagi mengumumkan kereta mampu milik seperti sebelumnya namun mengumumkan kereta sukan elektrik, Tesla Roadster. Sebuah kereta sukan elektrik yang hadir dengan kelajuan 0-97 km/h dalam jangka masa 1.9 saat sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Stereotype pengguna yang berpendapat kereta elektrik tidak mampu meluncur laju mungkin perlu diubah setelah Tesla Roadster berjaya mencatat kelajuan maksimum 402 km/h.

Tesla Roadster4

Tesla Roadster5

Tesla Roadster3

Tesla Roadster2

Memandangkan model ini berjaya membuatkan ramai yang terpukau dan kagum, pilihan syarikat ini untuk membuka laman pra-tempah bagi mendapat Tesla Roadster mungkin sebuah idea yang bijak. Ditambah pula dengan faktor Elon Musk yang dipercayai ramai, model ini berjaya menerima dana awal sebelum pengguna berpeluang memandunya sekitar 3 tahun lagi pada tahun 2020.

Tesla Roadster bakal mula dijual dengan harga $200,000 (RM831,100.00) manakala harga yang perlu dibayar untuk membuat pra-tempah Tesla Roadster adalah $50,000 (~RM207,775.00). Mungkin ini ‘mainan’ terbaru yang boleh ditempah buat mereka yang berada.

Sumber