Projek Tesla SolarCity yang menelan belanja $2.6 Bilion telah berjaya diselesaikan sepenuhnya pada minggu ini. Sebagai sebuah syarikat yang cool dan inovatif, Tesla ternyata mempunyai cara tersendiri untuk meyambut berakhir projek SolarCity ini.

Projek Tesla SolarCity yang dipasang di sebuah pulau kecil di American Samoa yang dulunya bergerak dengan hasil janakuasa diesel kini telah beroperasi sepenuhnya menggunakan 5,328 solar panel daripada SolarCity dan Tesla, serta 60 Tesla Powerpacks untuk penyimpanan tenaga elektrik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

solarcity-tau-solar-microgrid-2

Apa yang lebih menarik SolarCity mampu menyediakan elektrik selama 3 hari dengan pengecasan selama 7 jam sahaja khas buat semua 600 pengguna pulau tersebut. Cool bukan?

Sesuai dengan hasrat Elon Musk untuk menyediakan tenaga yang tidak merosakkan alam sekitar, penggunaan Tesla SolarCity telah menjimatkan lebih  109,500 gallon diesel setiap tahun.

tesla-powerwall-large-v2-opt

Berikutan kejayaan Tesla SolarCity di Pulau Tau di American Samoa, penyediaan SolarCity buat kegunaan rumah masih memerlukan kajian terperinci apatah lagi melibatkan efficiency tenaga elektrik. Dijangka Tesla akan menguji di beberapa tempat dahulu sebelum menyediakan Tesla Powerpacks untuk kegunaan harian di rumah. Good job Elon.

Sumber