Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nampaknya penantian untuk melihat model kereta Tesla di jalanan bakal berakhir. Sebuah kereta yang dikuasakan dengan kuasa elektrik, mempunyai kelajuan yang sangat baik, rekabentuk yang sexy serta hadir dengan teknologi autopilot.

7651

2012-tesla-model-s-interior

Syarikat Greentech Malaysia dipilih sebagai pengedar rasmi jenama Tesla buat pasaran Malaysia. Tesla Model S dipilih sebagai model pertama yang dijual buat pasaran Malaysia dengan harga RM480,000.

Menjadi yang terawal di dalam kelompok sudah pastinya hadir dengan sedikit cabaran. Pengguna Tesla Malaysia perlu membayar sebanyak RM1,400 sebulan kepada Greentech Malaysia sepanjang 5 tahun (60 bulan) untuk mendapatkan akses pengecasan bateri di semua stesen pengesahan yang tersedia. Syukur, kos cukai jalan buat Tesla Model S cuma RM10.00 setahun.

Syarikat Petronas turut berjanji untuk menyediakan lebih banyak rangkaian stesen pengecasan bateri di dalam jangka masa 24 bulan ini. Tesla Model S memerlukan pengesahan daripada 15 minit sehingga 60 minit untuk satu pengecasan penuh sepanjang 420 km perjalanan.

models_white_super_2x

Anda Mungkin Suka