Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setelah hampir satu bulan lebih pihak polis membuka kertas siasatan bagi dakwaan Menteri Besar Kedah singgah ke pusat pameran dan jualan kereta untuk test drive pikap model Ford Raptor, akhirnya beliau telah dikompaun.

Menurut laporan Harian Metro, Muhammad Sanusi Md Nor sudah menjelaskan kompaun RM1,500 yang dikenakan ke atasnya melalui wakil di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar.

vocket-test-drive-ford-raptor-mb-kedah-didenda-RM1500-4

Sumber Gambar: Facebook Pokok Sena La Ni

“(Notis) Diserahkan semalam, jumlah kompaun RM1,500 dan sudah dibayar di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Alor Setar.

“Saman oleh polis, bayar kepada KKM. Dibayar oleh seorang pegawai Menteri Besar,” kata Pegawai Khas Media Menteri Besar Kedah ketika dihubungi pihak Harian Metro.

Jurujual pusat pameran dan jualan kereta tersebut turut dikompaun pada jumlah yang sama dan kompaun tersebut telah dibayarkan oleh Menteri Besar Kedah sendiri.

Pada awal bulan Jun lalu, ada orang awam terserempak dengan Menteri Besar Kedah yang didakwa ketika itu sedang test drive pikap Ford Raptor di Autocity Juru, Pulau Pinang. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Polis Buka Kertas Siasatan Dakwaan MB Kedah ‘Test Drive’ Ford Raptor Ketika PKP

Ford F-150 Raptor, Trak Pikap ‘Kayangan’ Yang Cecah Harga RM900,000 Di Malaysia

Anda Mungkin Suka