Di saat ratusan ribu penduduk di Sepanyol dan Republic Czech terdesak memerlukan bantuan bagi menangani wabak COVID-19, masih terdapat pihak dari China yang mengambil kesempatan dengan mengedarkan test kit COVID-19 yang bermasalah kepada dua negara ini.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan VOA News, difahamkan sejumlah besar test kit yang diedarkan ke Sepanyol dan Republic Czech tidak dapat digunakan dengan baik untuk mengesan pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19 ataupun tidak.

BeFunky-collage-10
HYPE
Ini Rahsia Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan Pilihan Terbaik Para Ibu
Baca lagi →

Lebih mengejutkan, jumlah test kit yang gagal berfungsi dianggarkan sekitar 80% daripada 150,000 unit yang diedarkan sekaligus membuktikan syarikat dari China ini seolah sengaja menawarkan test kit yang gagal berfungsi kepada orang ramai.

Virus Outbreak New York

Test kit yang diedarkan oleh Shenzhen Bioeasy Technology. Sumber: Voa News

Difahamkan test kit COVID-19 yang ditawarkan sepatutnya mampu menunjukkan keputusan seawal 10 hingga 15 minit namun disebabkan test kit yang diedarkan gagal berfungsi, negara-negara ini terpaksa bergantung kepada keputusan pihak makmal yang menelan masa yang lebih lama untuk mengesahnya.

Untuk pengetahuan, sebanyak 100,000 test kit sudah dibayar kepada pihak China dengan harga mencecah $546,000 (RM2.37 juta) namun melihatkan kepada situasi yang berlaku sejumlah besar daripadanya gagal digunakan seolah membuatkan mereka terasa ditipu di saat mereka sedang memerlukan.

Virus Outbreak Spain

Sumber: Voa News

Setakat ini, Sepanyol mencatatkan lebih 56,000 kes COVID-19 dan dilaporkan lebih 4,000 maut membuatkan Sepanyol muncul negara kedua selepas Itali dengan jumlah kematian tertinggi di dunia disebabkan COVID-19.

Berdasarkan isu yang telah berlaku, syarikat Shenzhen Bioeasy Technology dari China ini bersetuju untuk menggantikan test kit yang baharu buat para pengguna di Sepanyol dan Republic Czech dalam usaha menangani wabak merbahya ini.

Warga China dilaporkan rai bebas COVID-19 dengan membuka semula pasar basah haiwan beberapa hari selepas ‘bebas’ wabak. Pilihan warga China untuk melancong semula turut mencetus panik di beberapa negara lain.

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Bebas Daripada COVID-19, Pelancong China Sedia Untuk ‘Travel’ Semula Seawal April Ini

Baru Sahaja Umum Bebas COVID-19, China Terima 54 Kes Terbaru

Anda Mungkin Suka