Tetamu majlis perkahwinan terperangkap di rumah pengantin perempuan selama 35 hari setelah India mengenakan perintah penguncian bagi mencegah wabak COVID-19.

Majlis resepsi perkahwinan di Bihar terganggu setelah perintah penguncian dikuatkuasakan dan telah memaksa semua perkhidmatan pengangkutan dihentikan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pernikahan itu diadakan di desa Mathia di daerah Champaran Timur, Bihar pada 20 Mac untuk merayakan perkahwinan pasangan Salma dan Abid, lapor Gulf News.

Ayah Salma, Anwarul Miyan, awalnya gembira dengan kehadiran lebih 30 orang tetamu yang tiba bagi meraikan majlis perkahwinan tersebut. Namun, pada hari ketika mana tetamu hendak pulang ke rumah, perintah penguncian dikenakan oleh Perdana Menteri Narendra Modi.

Tiada jalan lain buat para tetamu tersebut selain tinggal di rumah pengantin wanita kerana semua jenis perkhidmatan pengangkutan awam, dari kereta api ke bas, telah dihentikan.

Pasangan pengantin tersebut berharap bahawa perintah penguncian akan berakhir pada 14 April tetapi ia dilanjutkan sehingga 3 Mei.

Miyan turut mengakui bahawa dia kini menghadapi krisis kekurangan makanan. Sebelum ini, ketua kampung dan jiran telah banyak membantu dia. Namun sekarang, mereka tidak lagi dapat memberikannya bantuan seperti biasa.

“Kami memang terperangkap dalam situasi kritikal. Kami tidak tahu bagaimana mahu melayani tetamu yang terperangkap di rumah saya. Pada mulanya jiran dan anggota dewan kampung membantu saya, tetapi sekarang mereka menjauhkan diri dari saya,” kata Anwarul.

“Saya hanya dapat menyajikan makanan kepada tetamu sekali sehari,” tambahnya.

Masalah lain bagi para tetamu ini ialah pihak berkuasa tempatan di Bihar tegas melaksanakan perintah penguncian kerana jumlah kes COVID-19 yang meningkat dengan cepat di sana. Dalam masa 24 jam terakhir sebanyak 54 kes COVID-19 telah dilaporkan dari semua negeri menjadikan jumlahnya ialah 197.

Bimbang dengan keadaan ini, India telah memerintahkan tinjauan dari rumah ke rumah dari setiap kampung di 38 daerah di seluruh negeri semasa penguncian.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di India, klik pautan di bawah.

Gelombang Baharu Kes COVID-19, Kerajaan India Buru Jemaah Tabligh

Kerajaan India Arah Hospital Asingkan Pesakit COVID-19 Muslim Dan Hindu

‘Lockdown’ Di India, Ibu Sanggup Redah Perjalanan 1,400KM Kerana Rindukan Anak

Sumber