Semalam, pingat emas yang diraih oleh Ziyad Zolkefli telah ditarik semula dan diberikan kepada atlet Ukrain, Maksym Koval selepas diprotes. Pihak Paralimpik Tokyo 2020 mengesahkan penyertaan Ziyad dibatalkan dalam acara lontar peluru lelaki F20 dan dikategorikan sebagai Did Not Start (DNS).
Lantaran itu, Ziyad telah meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia di sebuah hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi. Malah, beliau turut berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberikan sokongan kepadanya.
Permohonan maaf Ziyad itu membuatkan netizen berasa sedih kerana Ziyad telah buat yang terbaik sehingga menang pingat emas semalam tetapi ‘dirompak’ begitu sahaja kejayaannya. Lihat ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada Ziyad.
Bukan itu sahaja, para netizen juga berkata bahawa Ziyad tetap hero dimata rakyat Malaysia dan telah melakukan terbaik. Malah, rata-rata netizen berharap Ziyad tidak akan berputus asa dan akan bangkit selepas ini.
I hope Ziyad kuat. Semoga Allah kuatkan hati dia. I dont even know what to say. Malaysian will always remember on 31th August 2021 is the date that our hero have be unfairly loss his own effort to get gold. Such a shameful things #Paralympics have done. pic.twitter.com/pxqeJ1pUGT
— Cik haning 🇲🇾🇵🇸 (@nxhanx) September 1, 2021
There's no need to be sorry. You're already our CHAMPION ZIYAD! BREAKING THE WORLD RECORD PROVE YOU'RE THE REAL WORLD CLASS!!! We're so proud of you ♥️ Tetap juara di hati rakyat Malaysia 🇲🇾✨ here I am always cheering and supporting you!#Paralympics #Tokyo2020 pic.twitter.com/vtSnV2DYNT
— Ash || 🇲🇾🇵🇸 (@nrashm) September 1, 2021
Ahhh.. sad nye 😭 Takpe ziyad. You're still our cham 💪🏼 https://t.co/hNSbf2aM6j
— Anieshahera (@anies_shahera) September 1, 2021
ziyad mintak maaf weh?!? for breaking world record 2 times and really killing it out there?!?? the only pihak yang kena mintak maaf sumpah the organisers and the paralimpic committee. shame on them and yeah absolutely shame on team ukraine for showing no sportsmanship
— azam (@azammamin) September 1, 2021
Untuk pengetahuan anda, Ziyad diprotes atlet Ukrain dimana Ziyad dikatakan lambat memasuki call room sebelum acara dimulai. Menurut laporan, atlet yang terlambat memasuki call room tidak dibenarkan bertanding sama sekali sebelum saingan dimulai.
Akan tetapi, situasi yang dihadapi Ziyad sangat berbeza apabila atlet Malaysia ini telahpun menamatkan saingan dan telah dinyatakan juara. Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ti Lian Ker berkata bahawa ekoran hujan turun selain dari keadaan kawasan tersebut agak padat dengan atlet-atlet dari acara berbeza, Ziyad dan dua lagi atlet terhalang untuk memasuki call room.
Lalu, ketika itulah mereka didakwa telah lewat melaporkan diri. Terkini, keputusan penarikan semula emas Ziyad kekal dan rayuan telah ditolak.
Sementara itu, tentera bawang Malaysia telah menjalankan misinya menyerang akaun media sosial atlet dan juga kedutaan Ukrain. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Teruk Diserang Netizen Malaysia, Facebook Kedutaan Ukraine Tutup Ruangan Komen