Pelajar sekolah dari dua buah sekolah rendah berjaya mengharumkan nama negara di Festival Reka Cipta Robot 2019 peringkat antarabangsa yang bertempat di Korea Selatan.

Kedua-dua buah sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Seri Terentang (SKST) dan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11-3 (SKPP 11) berjaya merangkul 5 pingat termasuk pingat emas.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Walaupun ini merupakan kali pertama mereka bertanding di pentas antarabangsa, 5 pelajar dari SKST berjaya mengalahkan 30 pasukan lain dari Korea Selatan, Jepun, China dan juga Filipina dalam pertandingan Sumo-Bot. Pasukan tersebut berjaya meraih emas untuk acara tersebut.

Sumber:WUKY

Terdahulu, pasukan ini telah mendominasi pertandingan robotik kebangsaan, MakeX Malaysia. SKST tidak lama lagi akan mewakili Malaysia pada Kejohanan Dunia MakeX Antarabangsa 2019 yang akan berlangsung di China pada bulan November ini.

Sumber: Facebook SK Seri Terentang

Manakala SKPP 11 berjaya membawa pulang 4 pingat dalam kategori yang berbeza. Pasukan tersebut mendahului pertandingan tersebut dan berjaya membawa pulang 1 emas, 1 perak dan 2 gangsa.

Sumber: Facebook SK Putrajaya Presint 11-3

Tahniah diucapkan kepada pasukan SKST dan SKPP 11 di atas pencapaian mereka yang menakjubkan ini.

Terdahulu, restoran robotik pertama Malaysia dibuka di Kuching. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Restoran Dengan Pelayan Robot Pertama Di Malaysia Kini Dibuka Di Kuching

Robot Canggih Dari Rusia Ini Rupanya Hanyalah Kostum Yang Dikendalikan Manusia

Anda Mungkin Suka