Walaupun berdepan pelbagai kontroversi sebelum filem ini ditayangkan di pawagam, ianya tidak menghalang penonton untuk ke pawagam bagi menyaksikan filem Joker.

Lebih manis, Joker berjaya menewaskan kutipan yang dibuat oleh Venom untuk hujung minggu pertama. Joker dilaporkan membuat kutipan USD93 juta (~RM389 juta), berbanding Venom USD80 juta (~RM335 juta) tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Joker turut mencatat rekod sebagai filem dengan kutipan tertinggi untuk filem yang ditayangkan pada bulan Oktober. Rekod itu sebelum ini dipegang oleh Venom. Sebagai perbandingan, Joker dikelaskan sebagai R-Rated manakala Venom pula hanya PG-13.

Filem berkenaan juga turut menerima kutipan USD140.5 juta (~RM689 juta) di seluruh dunia dan menjadikan kutipan keseluruhan USD234 juta (~RM981 juta) setakat ini. Reaksi untuk filem ini juga pelbagai dan majoriti penonton memberi respon yang positif untuk filem Joker.

Berikut adalah review kami untuk filem Joker. Buat yang sudah menonton, apa pula pandangan anda untuk filem ini?

Joaquin Pheonix Menyinar Dalam Karya Epik Dan ‘Dark’ Joker

Jared Leto ‘Dipecat’ Daripada Bawa Watak Joker Untuk Suicide Squad 2

Sumber