Di Malaysia, TGV Cinemas merupakan antara penawar pawagam terbesar dan sentiasa menawarkan perkhidmatan terbaik untuk penontonnya. Terbaharu, TGV Cinemas telah bekerjasama dengan Touch ‘n Go menawarkan promosi hebat untuk kaki wayang di luar sana.

Jika anda merupakan seorang kaki wayang, anda patut teruja dengan berita ini. Kini, anda boleh mendapatkan promosi pembelian tiket wayang dengan harga RM10 sahaja sepanjang hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2019-09-03_22-14-42

Menariknya, penawaran promosi ini telah boleh didapati sejak 1 September 2019 yang lalu dan akan berakhir pada 1 September 2020. Anda tidak salah lihat, promosi ini akan berlangsung selama setahun.

Bagaimana anda boleh mendapatkan promosi ini? Mudah sahaja, anda hanya perlu membeli tiket di kaunter tiket dan membuat pembayaran menggunakan aplikasi Touch ‘n Go.

photo_2019-09-03_22-31-27

Untuk pengetahuan anda, promosi ini sah tersedia di semua pawagam TGV Cinemas dan sah untuk classic atau deluxe seat dalam pawagam standard atau deluxe. Promosi ini tidak sah untuk pawagam 3D-X, Beanie, LUXE, IMAX, Indulge, ONYX atau pawagam lain yang khas.

Adalah diingatkan bahawa hanya 2 tiket dalam satu transaksi sahaja sah untuk mendapatkan promosi ini. Jadi, bolehlah anda berhibur sambil berjimat.

Harga tiket wayang sudah murah, tunggu apa lagi? Tidak tahu ingin tonton filem apa di pawagam? Klik pautan di bawah untuk lihat filem yang sedang atau akan ditayangkan di pawagam. 

Tonton Trailer Rasmi Terakhir ‘IT: Chapter Two’

Tonton Trailer Rasmi Terakhir ‘Joker’

’47 Meters Down: Uncaged’ Karya Yang Penuh Mendebarkan