TGV Cinemas menawarkan satu tiket percuma untuk semua pembelian tiket bermula 11 March 2022. Tawaran tiket ini dibuka kepada semua pelanggan yang mendaftar di bawah MovieClub atau laman web mereka.

Menurut kenyataan TGV Cinemas, tawaran ini dibuka selepas premis itu terinspirasi dengan dakwaan palsu beberapa media yang mendakwa wujud layanan dua darjat dari pihak TGV Cinemas.

“Status V-V-VIP ini terbuka kepada semua pelanggan, dari marhaen seperti Minmin kepada mereka yang dari kayangan. Jemput datang dan tonton filem, tetapi minta maaf #NoRestartAtTGV walaupun anda V-V-VIP,” kata pihak TGV Cinemas.

Minggu lalu, TGV Cinemas dikecam netizen selepas terdapat dakwaan bahawa tayangan filem The Batman terpaksa dimulakan semula kerana terdapat beberapa pelanggan ‘VIP’ yang datang lambat.

Menerusi kenyataan media, TGV Cinemas menafikan dakwaan tersebut dan berkata bahawa masalah timbul disebabkan kesalahan teknikal di salah sebuah dewan IMAX milik premis terbabit dan bukannya disebabkan VIP.

“Disebabkan masalah komunikasi, beberapa kakitangan di pintu masuk mengandaikan tayangan jam 7:15 malam juga akan ditangguhkan, pada masa ini kira-kira 20% tetamu telah pun memasuki dewan manakala baki 80% masih menunggu di ruang legar dan memasuki dewan selepas wayang telah pun bermula,” kata TGV dalam kenyataannya di Facebook.

“Keputusan untuk menghentikan dan memulakan semula filem, kami akui telah menyusahkan pelanggan kami dan seperti yang dinyatakan dalam kenyataan awal ia tidak selaras dengan dasar tayangan kami. Kami memberi jaminan bahawa kami sedang mengambil langkah pembetulan untuk memastikan perkara ini tidak berulang,” tambah TGV lagi.

TGV Cinemas ‘restart’ tayangan Batman selepas 45 minit, beri alasan ada pelanggan datang lambat. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

TGV Cinemas ‘Re-Start’ Tayangan Batman Selepas 45 Minit, Beri Alasan Ada Pelanggan Datang Lambat

Dikecam ‘Restart’ Tayangan Batman Selepas 45 Minit, Ini Kenyataan Rasmi TGV Cinemas

Mengapa ‘The Batman’ Lebih Unik Dan Berbeza Menurut Pandangan Pelakon Dan Pengarah