Tular di media sosial selepas terdapat dakwaan bahawa TGV Cinemas di Viva City, Kuching, Sarawak mengulang filem The Batman selepas 45 minit ia ditayangkan disebabkan oleh pelanggan yang datang lambat. Dakwaan ini hadir selepas pengulas filem, ZhafVlog memuat naik satu tangkap layar di mana seorang individu di Facebook mendakwa bahawa tayangan The Batman yang sudah dimainkan di layar selepas 45 minit terpaksa di ulang tayang.

Memetik tangkap layar yang dimuat naik oleh ZhavFlog dan menerusi hantaran Fazillah Raduan, difahamkan bahawa The Batman ditayangkan pada pukul 7:15 malam dan selepas 45 minit tayangan, pihak TGV membuat pengumuman bahawa filem akan dimulakan daripada awal. Apabila beliau bertanya alasan disebalik tindakan TGV, salah seorang staf memberi alasan bahawa terdapat ‘pelanggan’ yang baru datang.

https://twitter.com/zhafvlog/status/1500397642173788164

“Filem ini berdurasi 178 minit. Sekarang saya terpaksa bertahan 45 minit lagi hanya kerana sekumpulan orang masuk lewat?” Kata Fazillah.

“Salah seorang pengurus berkata, kami boleh membuat bayaran balik. Saya beritahu dia, ini bukan soal wang, ini soal keadilan. Adakah anda cuba beritahu bahawa saya dan pelanggan yang lain bahawa mereka kurang penting daripada mereka yang lewat? Ayuh TGV sila semak semula SOP anda.”

ZhafVlog yang memuat naik hantaran tersebut di laman Twitter milik beliau turut meminta penjelasan TGV. Beliau bertanya adakah wujud layanan dua darjat daripada pengurusan TGV? atau adakah pelanggan yang datang lambat itu adalah individu yang ‘penting’ sehingga pihak TGV terpaksa mengulang tayangan The Batman yang sudah berlangsung selama 45 minit.

You’d better have some great explaination @TGVCinemas? Siapa ****** yang istimewa sangat sampai perlu ‘re-start’ balik wayang selepas 45 minit? Kalau ada isu teknikal takde hal, ini sebab ada waknat yang minta ‘re-start’? It better not be some ****** anak menteri or related ****,” kata Zhaf di laman Twitter miliknya.

Pihak The Vocket cuba menghubungi pihak TGV Cinemas untuk meminta penjelasan berkenaan isu terbabit. Namun sehingga sekarang, masih tiada apa-apa jawapan. Setakat laporan ini ditulis, pihak TGV Cinemas juga masih belum keluarkan apa-apa kenyataan.

Kenyataan TGV

TGV Cinemas menerusi laman sosialnya mendakwa bahawa pihak mereka akan melakukan siasatan terperinci terhadap isu yang berlaku. Pihak TGV juga meminta maaf kepada para pelanggan yang terkesan dengan isu ini.

“Kami ingin memohon maaf kepada semua pelanggan yang terkesan dengan kelewatan sesi untuk The Batman di TGV Vivacity (5/03/2022 7:15 PM).

“Insiden ini tidak mematuhi SOP tayangan kami kerana semua sesi tayangan kami akan berjalan tepat pada masanya mengikut jadual.

“Sebagai tanda maaf, kami akan mengeluarkan 2 tiket percuma dan bayaran balik  kepada semua pelanggan yang terjejas,” katanya.

Mengapa ‘The Batman’ lebih unik dan berbeza menurut pandangan pelakon dan pengarah. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Mengapa ‘The Batman’ Lebih Unik Dan Berbeza Menurut Pandangan Pelakon Dan Pengarah

Tonton Aksi Robert Pattinson Dalam Trailer Rasmi Pertama The Batman

Matt Reeves Kongsi Video Teaser Pertama Robert Pattinson Sebagai Batman