Antara filem yang dinanti-nantikan tahun ini, ‘John Wick: Chapter 3 – Parabellum’ akan ditayangkan di pawagam pada 16 Mei 2019. Tetapi, anda boleh jadi antara penonton terawal menonton filem sekiranya anda membeli tayangan marathon di TGV Cinemas.

Tayangan khas ini hanya ditawarkan di beberapa pawagam TGV terpilh sahaja pada hari Sabtu ini jam 2.00 petang. Setakat ini, pawagam di Lembah Klang sudah hampir penuh kecuali cawangan terbaru TGV di Central i-City masih banyak kekosongan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda tiada sebarang agenda Sabtu ini, bolehlah turut serta dalam maraton filem John Wick ini dan tiket pula tidak mahal; Hanya RM35 untuk menonton ketiga-tiga filem. Untuk pembelian tiket, anda boleh klik di sini.

Apakah penamat ‘Excommunicado’ John Wick ini nanti? Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menonton filem hebat ini di pawagam.