Sempena dengan pembukaan TGV Cinemas di Central i-City, TGV tampil memberikan tawaran istimewa buat anda yang berkunjung ke pawagam tersebut. Anda berpeluang untuk menonton wayang secara percuma mulai 23 hingga 31 Mac 2019 ini.

Antara filem yang anda boleh tonton secara percuma adalah Paskal, Aquaman, Bohemain Rhapsody dan banyak lagi. Pastinya anda yang terlepas menonton filem-filem tersebut boleh mengambil peluang ini pergi menonton.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screenshot 2019-03-22 at 12.09.13 AM

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan popcorn percuma untuk dinikmati ketika menonton wayang. Malah, anda juga berpeluang untuk mendapat filem premius secara percuma.

Bagi anda yang tinggal berdekatan, terutama sekali pelajar universiti berdekatan yang ingin berhibur secara percuma, inilah masa untuk anda rebut.

Baca lagiPasaraya SOGO Bakal Dibuka Di Central i-City, Shah Alam