TGV telah melancarkan pawagam Samsung ONYX di Central i-City, Shah Alam semalam dan menariknya ia merupakan pawagam yang menggunakan skrin LED terbesar di dunia. Pastinya anda yang berada berdekatan Shah Alam akan teruja dengan berita ini kerana pawagam ini akan memberikan anda kepuasan menonton wayang dengan lebih baik dan selesa.

Apa yang kami boleh katakan, pawagam ini memaparkan paparan teater 4K LED dimana akan membolehkan anda melihat visual yang lebih jelas. Malah, tempat duduknya yang selesa akan menjadi pilihan buat anda yang menekankan aspek keselesaan untuk menonton wayang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

perasmianicity:vckt

ONYX-Seat:vckt

chatimeicity:vckt

Kami berpeluang untuk menonton filem Avengers: Endgame semalam di pawagam ini dan pastinya berikutan tempat duduknya yang sangat selesa tidak membuatkan kami sakit belakang. Kenapa kami katakan ia selesa, ini kerana kerusi boleh dilaras sehingga anda akan berasa seperti berbaring diatas katil.

Antara tarikan jika menonton wayang di TGV yang terletak di Central i-City ini, anda boleh membeli Chatime dan bawa masuk minuman kegemaran anda ke dalam pawagam tanpa perlu rasa bersalah lagi. Jika buat anda yang belum lagi menonton filem Avengers: Endgame, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk menonton wayang di pawagam baharu ini?

Baca lagi‘Avengers: Endgame’ Karya Teragung Marvel Studios