Filem P.Ramlee yang penuh dengan unsur nasihat dan menghiburkan kekal segar dalam ingatan dan tidak pudar dek zaman. Karya-karya tersebut antara karya terhebat dan jika tidak diberikan pendedahan kepada generasi sekarang, mungkin karya hebat ini akan dilupakan kelak.

Apakah filem P.Ramlee yang menjadi kegemaran anda? Adakah Nasib Labu Labi, atau Ibu Mertuaku atau Nujum Pak Belalang? Setiap orang mempunyai filem kesukaan sendiri.

https://twitter.com/TGVCinemas/status/1164135905612840960

Terbaharu, TGV telah bekerjasama dengan Shaw Brothers untuk menayangkan semula 5 filem lakonan Tan Sri P.Ramlee sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Filem yang akan ditayangkan adalah Anakku Sazali, Nujum Pak Belalang, Labu Labi, Ibu Mertuaku, dan Madu Tiga. Ini mungkin satu peluang keemasan bagi peminat filem tempatan untuk menonton karya agung Tan Sri P Ramlee di dalam panggung sama seperti yang dinikmati oleh datuk dan nenek mereka waktu ketika dahulu.

The Gemilang Vibes- P.Ramlee screening

Untuk pengetahuan anda, ini adalah merupakan antara sebahagian usaha untuk menjayakan kempen ‘The Gemilang Vibes Campaign’ yang dianjurkan oleh pihak TGV. Filem-filem ini akan mula ditayangkan mulai 24 Ogos 2019 hingga 16 September 2019.

Akan tetapi, tayangan filem ini hanyalah tersedia di beberapa pawagam sahaja iaitu di TGV KLCC, Sunway Putra, D’Pulze, AU2, Bukit Indah, Station 18 dan Gurney Paragon. Untuk maklumat lanjut mengenai ‘The Gemilang Vibes Campaign’, anda boleh layari laman sesawang TGV.