Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Anak syarikat Lembaga Tabung Haji, TH Properties Sdn. Bhd. baru-baru ini mengulangi kejayaan meraih anugerah berprestij lima bintang dalam Asia Pacific Property Awards 2018-2019. Kejayaan ini menjadi kebanggaan apabila ini merupakan tahun kedua TH Properties meraih anugerah tersebut.

TH Properties memenangi kategori Pembinaan dan Reka Bentuk Hotel Baru Terbaik untuk Hotel dan Pusat Konvensyen TH di KLIA. Penganugerahan ini sekali gus mengiktiraf hotel tersebut sebagai hotel terbaik di Malaysia. Difahamkan bahawa Pusat Konvensyen TH di KLIA bakal menggantikan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya yang telah beroperasi sejak 36 tahun yang lalu.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Hotel patuh syariah itu dilengkapi dengan anjung tinjau, pusat konvensyen, astaka dan pusat operasi haji. Hotel ini juga mempunyai sebanyak 333 bilik dan turut menawarkan kemudahan seperti kolam renang, spa, tempat permainan kanak-kanak, kafe dan restoran. Tahniah TH Properties.

Baca lagi: 5 Cara Kompleks Tabung Haji KLIA Bakal Memudahkan Para Jemaah

Anda Mungkin Suka