Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Thailand bercadang untuk membuka semula pintu sempadan negara dalam masa 120 hari sahaja lagi bagi memulihkan sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19, kata Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan O-cha dalam satu wawancara yang bersiaran pada Rabu, 16 Jun.

“Sudah tiba masanya untuk kita melihat masa depan yang lebih jauh dengan membuka semula pintu sempadan untuk menjemput kembali kedatangan pelancong ke Thailand.

“Susulan itu, saya ingin membentangkan pelan untuk membuka Thailand dalam masa 120 sahaja lagi bermula hari ini.

“Dalam pelan ini, pelancong yang telah divaksin akan dibenarkan berkunjung ke Thailand tanpa perlu kuarantin yang pastinya akan menyulitkan mereka.

“Begitu juga bagi warga Thailand yang melakukan perjalanan ke luar negara, jika mereka sudah divaksin dan akan kembali semula ke negara ini tanpa perlu dikuarantin,” ujar Prayut memetik laporan The Star.

Prayut juga berkata bahawa Phuket selaku destinasi pelancongan yang pertama akan dibuka sepenuhnya untuk menerima kemasukan para pelancong bermulai 1 Julai ini. Namun, beliau turut akui di mana keputusan yang dibuat ini amatlah berisiko.

Demi melihat perniagaan serta ekonomi negara kita bangun semula, kita perlu sanggup tempuh apa jua cabaran dan kini sudah tiba masanya untuk kita mengambil risiko yang tinggi,” katanya lagi.

prayus_1550734838

Prayut Chan O-cha, PM Thailand. Sumber: NST

Demi memulihkan sektor ini dengan kadar segera, Prayut juga menyasarkan 50 juta rakyat Thailand sekurang-kurangnya telah mendapat satu dos suntikan vaksin COVID-19 menjelang 1 Oktober tahun ini. Setakat ini, 5 juta rakyat Thailand telah menerima satu dos manakala 1.8 juta rakyat negara ini telah mendapat dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Dalam pada itu, ekoran kesukaran untuk menerima bekalan vaksin dengan cepat ketika ini, Prayut juga telah membuat perancangan jangka panjang untuk mencipta vaksin COVID-19 hasil buatan Thailand, lapor Sinar Harian.

“Mengeluarkan vaksin kita sendiri adalah penyelesaian jangka panjang terbaik dan perkara ini telah kami putuskan lebih setahun lalu.

“Ini juga membolehkan kita memastikan penduduk diberi vaksin selama bertahun-tahun dan selama ia yang diperlukan. Ini adalah keputusan tepat dan terima kasih kepada pakar menyarakannya untuk negara kita.

Untuk rekod, Siam Bioscience Co Ltd merupakan pengeluar pertama dan tunggal di Thailand yang telah mula menghasilkan vaksin AstraZeneca COVID-19 untuk negara ini dan Asia Tenggara.

Di samping itu, Universiti Chulalongkorn Thailand juga telah membangunkan calon vaksin COVID-19 terbaharu yang dinamakan ChulaCov19 yang sudah diuji terhadap manusia dimulakan pada Isnin selepas kajian telah menunjukkan hasil keberkesanan yang menyakinkan.

Tiada kuarantin wajib, Thailand bakal buka Phuket mulai Julai ini untuk pelancong yang sudah divaksin.

Tiada Kuarantin Wajib, Thailand Bakal Buka Phuket Untuk Pelancong Yang Sudah Divaksin Mulai Julai

Mahu Tarik Pelancong, Kerajaan Thailand Bekerjasama Dengan Tinder Anjur Percutian Cari Jodoh

Pintu Sempadan Thailand Dilaporkan Bakal Dibuka Kepada Pelancong Dari Semua Negara

Anda Mungkin Suka