Thailand sentiasa menjadi pilihan percutian pelancong dari seluruh dunia terutamanya dari negara Asia Tenggara. Kini terdapat khabar angin yang anda harus beri perhatian sebelum melancong ke sana kelak.

Untuk pengetahuan anda, pihak berkuasa Thailand merancang untuk melaksanakan undang-undang mewajibkan caj insuran perjalanan sebanyak 20 Baht (~RM2.70) kepada semua pelancong. Undang-undang ini dijangka akan dilaksanakan pada hujung tahun ini.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

View this post on Instagram

📸 @forever94020

A post shared by Amazing Thailand 🇹🇭 Travel 📸 (@amazingthailand) on

Perkara ini dilaksanakan bagi mengembalikan keyakinan pelancong dan memberi perlindungan kepada pelancong luar negara apabila melancong ke Thailand. Bahkan, insurans perjalanan itu kelak bakal menawarkan sehingga 1 juta Baht (~RM134,944.50) perlindungan untuk kes kematian dalam tempoh sebulan.

Menurut Setiausaha Agung Thailand, Suthiphon Thaveechaiyagarn, jika cadangan tersebut dipersetujui kabinet, setiap pelancong di negara Thailand diarahkan membuat pembayaran di imigresen lapangan terbang. Malah, setiap agensi pelancongan mengenakan caj insuran ini terhadap setiap pelanggan bagi tujuan perlindungan.

Jika cadangan ini dipersetujui, anda haruslah membawa wang lebih untuk membayar cukai insurans ini. Bila sudah ada insurans, maka jika berlaku perkara tidak diingini, anda akan dapat faedahnya.

Anda Mungkin Suka