Sebut sahaja mengenai Thailand pasti ramai yang ingat dengan destinasi pelancongan yang tersedia di negara tersebut. Malah, tidak mengejutkan mengetahui Thailand antara yang terkesan teruk dengan COVID-19 daripada segi ekonomi berikutan kebergantungan mereka kepada sektor pelancongan.

Terbaharu, sebagai usaha untuk merancakkan semula industri pelancongan negara, Thailand sedia bercadang untuk mengenakan yuran kemasukan buat pelancong luar bernilai sekitar 500 baht (~RM61.78) bermula tahun 2022.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: The star

Dilaporkan Thailand mensasarkan jumlah yuran sebanyak 5 juta baht (~RM617,859.71) bakal berjaya dikutip dengan jangkaan 10 juta pelancong luar bakal memasuki negara mereka.

Dana yang dikutip yang bakal dibahagikan kepada antara sektor kerajaan dan swasta dalam membangunkan semula tempat pelancongan di Thailand.

Berdasarkan yuran yang dikenakan, mereka yang berminat untuk memasuki Thailand kelak perlu menyediakan wang tambahan dalam membayar yuran kemasukan yang dikenakan.

Tular pada minggu ini apabila Mark Zuckerberg dilaporkan rugi sebanyak RM29 bilion selepas platform kendalian beliau gagal diakses selama 6 jam.

Gagal Diakses Selama 6 Jam, Mark Zuckerberg Dilaporkan Rugi RM29 Bilion

Mi Segera Kari Putih Pulau Pinang Dipilih Sebagai ‘Mi Sup Segera Terbaik’ Di Amerika Syarikat